Artikel Terkini

10 Inspirasi “Laundry Room” Menarik Buat Kediaman Dengan Ruang Terhad


Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju.

Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian.

Selain itu, perkara lain yang perlu kita ambil kira ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.

  1. Sinki, ruang melipat dan tempat menggantung pakaian dikelilingi kabinet kayu warna gelap. Mesin basuh dan dryer disusun bertindih agar dapat menjimatkan ruang.

2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.

3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.

4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.

5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.

6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.

7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.

8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.

9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.

10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.

Kredit gambar : Pinterest



Source link