Artikel Terkini

10 panduan di tempat kerja pasca PKP


PENJARAKAN sosial perlu menjadi amalan utama untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Oleh itu, langkah-langkah di bawah boleh dijadikan panduan, terutama majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang kembali ke pejabat pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Senarai berikut ini merupakan antara saranan keperluan am tempat kerja yang disediakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

  1. Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke bangunan pejabat perlu diwajibkan untuk kakitangan dan bukan kakitangan.
     
  2. Penggunaan topeng muka boleh dikuatkuasakan.
     
  3. Mereka yang menunjukkan gejala COVID-19 perlu diasingkan segera dan majikan perlu mengaktifkan prosedur keselamatan bagi mengelak jangkitan.
     
  4. Antara yang perlu dimasukkan dalam prosedur keselamatan terbabit ialah: – Elakkan pekerja bergaul secara bebas dan terbuka
    – Membersihkan (nyahkuman) kawasan kerja atau bahagian yang terjejas dengan segera
    – Pekerja yang kembali bekerja selepas tempoh pengasingan/rawatan mesti mengikuti protokol dan garis panduan KKM
     
  5. Majikan perlu menyediakan kelengkapan kebersihan seperti topeng muka dan sarung tangan (jika sesuai), bekalan pembersih tangan dan sabun yang mencukupi terutama di pintu masuk dan keluar, meletakkan papan tanda peringatan untuk menggalakkan cucian tangan yang kerap serta elakkan berjabat tangan.
     
  6. Langkah pembersihan dan pembasmian kuman yang kerap mesti diambil di semua kawasan, terutamanya permukaan yang sering disentuh seperti meja kerja, pemegang pintu, tandas, pantri, panel lif dan peralatan yang biasa dikongsi seperti sebagai mesin pencetak.
     
  7. Pastikan susunan meja mematuhi penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
     
  8. Elakkan perkongsian meja dan telefon, serta kawal kemasukan pekerja ke pantri, ruang solat dan ruang rehat.
     
  9. Elakkan perjumpaan dan perhimpunan besar seperti persidangan, dewan bandar, acara sosial, majlis tahunan dan aktiviti keagamaan. Jika perlu, hadkan bilangan mereka yang hadir.
     
  10. Hadkan bilangan kakitangan di kafeteria atau ruang umum lain pada satu-satu masa di samping menyediakan penanda jarak di lantai dan memastikan susunan tempat duduk perlu mematuhi penjarakan sosial.
     





Source link