Artikel Terkini

10 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Tinggi Di Dunia


Tipulah kalau kita tak nak gaji tinggi, tambah-tambah bagi mereka yang sudah bekerja selama bertahun-tahun. Fresh graduate pun teringin nak kerja dengan permulaan gaji yang tinggi, apatah lagi kita yang sudah lama bekerja.

Sebilangan besar pekerjaan dengan gaji tinggi memerlukan sijil Ijazah dan Diploma terlebih dahulu. Namun, tidak semuanya perlukan pelajaran dan kelayakan. Jom kami senaraikan 10 pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia, mari kita lihat mana satu yang sesuai untuk anda.

1. Seniman

Pekerjaan sebagai seniman selalu diimpikan oleh ramai orang yang berjiwa seni. Ramai anak muda bercita-cita untuk menjadi artis mahupun penghibur.  Kerjaya artis terkenal dengan penghasilan karya yang luar biasa mampu menarik mereka yang suka berkarya untuk menjadi seniman.

Lebih kurang seperti pelakon dan penyanyi juga. Bagi satu pertunjukan sahaja, artis yang sedang meningkat naik boleh menjana sehingga puluhan ribu ringgit.

Bayangkan berapa banyak yang mereka dapat jika mereka muncul beberapa kali di TV seminggu selama berbulan-bulan. Jumlahnya amat lumayan bukan?

2. Juruterbang

Juruterbang adalah pekerjaan gaji tinggi di dunia yang sering disebut oleh kanak-kanak ketika ditanya mengenai cita-cita mereka. Gaji bagi seorang juruterbang boleh mencecah sehingga USD132,000 dalam masa setahun.

3. Ahli Farmasi

Seorang ahli farmasi bertugas menulis dan mengeluarkan preskripsi juga gajinya agak tinggi dan lumayan. Kerja ini memerlukan pengesahan ketepatan jumlah dos yang diberikan oleh doktor.

Selain itu, ahli farmasi juga bertujuan untuk memberi nasihat kepada pesakit mengenai ubat yang mereka ambil. Tahukah anda, Ahli farmasi yang mempunyai banyak pengalaman juga memperolehi gaji sebanyak USD116,500 setahun.

4. Pengurus Pemasaran

Pengurus pemasaran adalah salah satu kerjaya pilihan bagi pelajar siswazah ekonomi, terutamanya dalam bidang pengurusan. Gaji tertinggi pengurus pemasaran adalah USD113,000 setahun.

Dengan gaji yang tinggi, seorang pengurus pemasaran diperlukan untuk memastikan penjualan produk di syarikat tempat mereka bekerja sentiasa meningkat. Pengurus pemasaran juga diminta untuk merancang strategi pemasaran yang tepat bagi menarik minat para pembeli seramai yang boleh.

5. Juru Solek Artis

Wanita mahupun lelaki yang gemar membuat solekan dengan alat solek, kerjaya juru solek artis boleh menjadi alternatif yang menjanjikan pendapatan tinggi buat mereka.

Dunia hiburan sering memerlukan juru solek artis biarpun zaman berganti zaman. Sehingga juru solek artis juga boleh menjadi terkenal dan viral jika solekannya mendapat tempat di hati para peminat. Jika anda pakar dalam solekan, apa kata anda menceburi bidang ini.

6. Akauntan

Akauntan adalah pekerjaan yang bagus bagi mereka yang amat suka dengan nombor. Dengan julat gaji yang lumayan setiap bulan menjadikan pekerjaan ini amat bernilai untuk anda.

Syarat untuk menjadi seorang akauntan adalah anda perlu mengikuti pengajian berkaitan akaun di sekolah atau kolej sebelum bekerja.

7. Pakar Media Sosial

Pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia ini mungkin merupakan salah satu pekerjaan paling terkenal pada masa kini. Setiap syarikat dan perniagaan harus mempunyai pakar media sosial bagi memastikan perniagaan mereka terkenal dan berjaya dalam dunia digital.

Pekerjaan ini juga boleh dilakukan dari rumah sahaja melalui komputer riba yang terhubung dengan internet. Ada juga yang harus bekerja di syarikat. 

8. Pengawal Trafik Udara

Apabila tiba di lapangan terbang, kita mungkin akan melihat menara tinggi berhampiran landasan. Di situlah pengawal trafik udara ini berada dan ditugaskan untuk mengawal aktiviti penerbangan.

Walaupun terdengar sederhana, pekerjaan ini memerlukan banyak tanggungjawab dengan tumpuan yang sangat tinggi.  Namun siapa sangka, ia sebenarnya merupakan pekerjaan dengan gaji paling tinggi di dunia.

9. Peguam

Berminat dengan undang-undang? Tidak diragui lagi, pekerjaan sebagai peguam adalah kerjaya pilihan anda. Pekerjaan gaji tinggi ini sangat digemari oleh individu dan syarikat. Namun, ia juga merupakan kerjaya yang sungguh mencabar.

Peranan peguam adalah untuk membantu menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang demi kepentingan keadilan. Pendapatan tertinggi seorang peguam biasanya mencecah USD135,000 setiap tahun.

10. Pakar Bedah

Sekiranya anda mencari pekerjaan dengan gaji tertinggi di dunia dalam bidang perubatan, maka jawapannya adalah pakar bedah. Bidang perubatan selalu membayar harga yang tinggi untuk mereka yang terlibat dalam pembedahan.

Pakar bedah mendapat gaji tertinggi dalam kalangan profesional lain dalam bidang perubatan.  Untuk mendapatkan gaji yang tinggi, pakar bedah memerlukan pengalaman yang lama. Gaji tertinggi mereka boleh mencecah sehingga USD180,000 setahun.

Kesimpulannya, usaha adalah tangga kejayaan untuk anda mendapatkan pekerjaan gaji tinggi yang anda impikan.  Bukan calang-calang orang boleh terlibat dengan kerjaya ini. Semoga entri ini bermanfaat buat anda dalam menentukan kerjaya idaman anda.

Sumber Rujukan:



Source link