Uncategorized

10 Tips Berniaga Gaya Orang Malas


Berniaga bukan untuk orang rajin sahaja, tetapi mereka yang malas pun terdetik di hati nak meniaga.  Ada yang inginkan bisnes sendiri, pendapatan sampingan dan lain-lain lagi; cuma kita menghadapi kekangan masa dan komitmen lain yang harus dilaksanakan. Akhirnya, golongan ini membuat bisnes sekadar suam-suam kuku sahaja.

Sebenarnya, ada caranya jika kita ingin berniaga tetapi amat sibuk dan malas kerana mempunyai urusan lain. Berniaga gaya orang malas tidak semestinya kita akan dicop sebagai hangat-hangat tahi ayam, tetapi masih terbukti perniagaan boleh dijalankan dengan betul dan teratur.

Jom lihat 10 tips berniaga gaya orang malas. Perniagaan bergerak secara perlahan, akhirnya berkembang dan bakal menempuh kejayaan sekiranya kita lakukan 10 perkara ini.

#1 Bagi Orang Kenal

Berniaga gaya orang malas sama sahaja seperti orang lain, pentingnya orang kenal bisnes atau perniagaan yang kita lakukan. Apabila orang kenal, amat mudah untuk kita kembangkan kerana orang akan mencari kita untuk bertanya soalan dan bermacam-maca, lagi.

#2 Sentiasa Berfikiran Terbuka Dan Positif

Mindset memainkan peranan yang sangat penting untuk berjaya biar pun kita seorang yang pemalas. Oleh itu, seseorang perlu mempunyai mindset yang positif dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mengharungi segala cabaran perniagaan.

#3 Ada ‘Big Why’

Ramai orang mula hilang semangat untuk berniaga, malas dan terlalu sibuk dengan perkara lain.  Hanya mereka yang mempunyai ‘big why’ sahaja akan terus berusaha dan istiqomah dalam perniagaan.

#4 Pengurusan Masa Yang Berkesan

Uruslah masa dengan berkesan kerana dapat menyelesaikan masalah akan menentukan kejayaan kita. Jika gagal mengurus masa, kita gagal dalam menempuh hari yang sibuk dengan baik.

Semakin kita sibuk, semakin kita perlu bijak mengurus masa.

#5 All Out Apa Sahaja

Buat marketing sudahlah jarang-jarang, sekali buat mesti kena all out! Buat apa saja pun mesti all out. Buat sehabis baik walaupun kita berniaga gaya orang malas. Itulah kunci kejayaannya!

#6 Delegate Kerja

Delegate atau membahagikan kerja kita kepada pekerja atau team dengan baik. Sebelum membuat urusan lain, biarlah semua jelas dengan kerja masing-masing.

Apabila semua bekerjasama dan bergabung, bisnes gaya orang malas pun akan jadi seolah-olah bisnes gaya orang rajin!

#7 Jaga Value Produk

Jangan suka-suka jual murah sebab nak cepat laku! Jaga ‘value’ produk kita untuk menaikkan nilai perniagaan dan mempunyai reputasi perniagaan yang tinggi di mata pelanggan.

#8 Be Professional

Berniaga gaya orang malas tidak bermaksud kita berbisnes secara semberono (suka-suka) sahaja, kita tetap perlu profesional dalam setiap tindakan. Ketepikan masalah keluarga atau kawan-kawan dan buat keputusan tanpa diganggu emosi.

#9 Fast Response Dan Fast Segalanya

Kita perlu laju dalam membuat tindakan dan laju dalam segala-galanya, mencerminkan kita seorang yang tidak suka menangguh-nangguh pekerjaan. Benda boleh buat hari ini, kenapa perlu buat esok?

Berbanding dengan duduk dan menunggu sahaja disertai dengan usaha yang perlahan, tak mungkin bisnes kita akan membuahkan hasil.

#10 Medium Yang Mudah

Berniaga gaya orang malas memerlukan medium perniagaan dan pemasaran yang mudah serta menjimatkan tenaga dan masa. Sudah banyak medium pemasaran online automatik seperti auto WhatsApp, auto-chat dan lain-lain lagi yang boleh kita gunakan dalam perniagaan.

Tak Sama Seperti Berniaga Full-Time

Dengan berniaga gaya orang malas ini, kita tidak boleh mengharapkan 100% kejayaan sama seperti bisnes full-time orang lain. Namun, tak salah untuk anda work smart dengan berniaga gaya orang malas!

Mana tahu suatu hari nanti perniagaan kita dah berjaya, maka kita pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan kita pula.

Komen

komen





Source link