Artikel Terkini

11 Tip Penjagaan Untuk Pakaian Tahan Lebih Lama


1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari.
Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan
pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.

2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS/MATERIAL
Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan
yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur
dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang
sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan
menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga
harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah
kenapa kena pisahkan ye..huhu

3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti
tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar
digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut
daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Pakaian yang telah siap dibasuh, di’downy’, dan ditoskan airnya,
perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.

5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau
koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar
dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan
lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar
bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

7.ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat
mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian
dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.

8. HINDARI PELUNTUR
Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat
sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.

9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci
dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya
menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak
kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara
menarik pakaian dengan kuat.

10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus
selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa
keadaanya betul-betul kering.

11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR
Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar
ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor
terutamanya di bahagian leher.



Source link