Artikel Terkini

19 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Krisis Ekonomi Dunia Yang Sedang Berlaku!


Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Baru-baru ini Tuan Haji Mohd Asri, mentor pelaburan saham #1 Malaysia telah mengadakan sesi FB Live bersama-sama dengan Tuan Ahyat Ishak (Pejuang Hartanah), pakar hartanah kita.

Isu hangat semasa dibincangkan hampir 2 jam, nak tahu tak apa summary daripada perbincangan mereka berdua?

Kredit kepada Puan Wan Farah yang telah mencatat dan memberikan kesimpulan seperti berikut:

Ada yang kata ekonomi dunia tak akan kembali sama seperti sediakala selepas krisis ini. Bakal tercipta NWO atau New World Order dalam ekonomi dunia. Akan wujud JUTAWAN BARU!!!

1. The NEW WORLD ORDER (NWO) berpunca dari perkataan krisis. Kita sedang mengalami perubahan yang amat dahsyat. Ada netizen yang masih in denial.

2. Krisis disebabkan Covid-19 adalah kali pertama berlaku tetapi kitaran krisis bukanlah kali pertama berlaku.

3. Sejarah sentiasa berulang kerana manusia tidak mahu belajar daripada sejarah terlampau.

4. Krisis berlaku kerana 2 sebab:
– Bubble / Teknikal
– The Black Swan. Perkara yang langsung tidak boleh diramal. Contohnya peristiwa September 11, percubaan membunuh presiden

5. 5 tahun lalu Bill Gates telah meramal yang manusia tidak bersedia melawan bakteria/wabak.

6. Dua golongan yang wujud setiap kali krisis:
– Golongan hancur lebur
– Golongan yang win besar

7. PKP: Mindset persiapan perang
– Ini bukan holiday
– Survival
– Adakah curve Covid-19 akan menjadi rata?

8. Ibarat mak berpesan kepada anak. Mak (Bank Negara) telah berpesan kepada anak-anaknya (rakyat) melalui moratorium secara tersurat dan tersirat
– Bantu rakyat dalam masalah kewangan dalam tempoh short term
– Rakyat mesti bantu negara
– Bank terpaksa korbankan reserve, kadar keuntungan
– BNM akan beri masa yang cukup sehingga Disember 2021

9. Sekiranya krisis Covid-19 berpanjangan, NWO mereka yang gergasi akan menjadi lebih hebat dan ada golongan yang hebat akan lenyap.

10. Perubahan ini akan bakal dinikmati oleh masyarakat yang berani dan bijak – mereka akan menjadi yang sangat sangat kaya raya.
Antaranya:
– Usahawan-usahawan yang survive
– Pelabur yang mengambil position at the right time and at the right strategy!

11. Kalau kita nak ilmu yang tinggi daripada seorang mahaguru, kita juga mesti naikkan juga makam kita. Adab dan keberkatan mesti dijaga.

12. Keberkatan itu bermaksud, sikit itu cukup, lebih itu kita boleh kongsi. Lihat balik, audit balik diri sendiri. Adakah hidup kita bertambah baik? Sepatutnya setiap 2 kitaran hidup kita boleh upgrade hidup kita

13. Orang biasa jawab 1 – 1 = 0. Sedangkan menurut Islam 1 – 1 = infiniti. Sebab itu Allah suruh kita bagi.
– Niat kerana Allah
– Doa
– Usaha dengan ilmu
– Tawakal dan redha dengan apa yang Allah bagi

14. Krisis ialah bahaya dan peluang.
– Kita kena jaga diri, keluarga dan golongan tertentu yang mesti dijaga seperti business dan kakitangan.
– Dalam hartanah mesti faham what is the good developer?
– Sedar kedudukan kewangan kita. Adakah 6 bulan dana kecemasan cukup?
– Apabila kita selamat daripada bahaya, kita melihat apa peluang yang ada. Peluang boleh juga menjadi perangkap. Kenalpasti sama ada itu adalah sampah atau aset

15. Daripada sudut hartanah, banyak peluang terhebat bakal menjelma. “The worst is yet to come”. Pastikan kita bersedia.

16. Bayangkan NWO adalah kunci. Ada kumpulan yang sedar tapi tak bersedia dan kumpulan yang sedar tapi bersedia. Yang belum bersedia, masih cukup masa untuk bersedia. Sebagai pelabur kita mesti ada entry dan exit plan. Perlu bersedia daripada segi mindset, kewangan dan ilmu.

17. Dalam setiap pelaburan, risiko tetap ada, bahaya tetap ada. Jangan rasa kita ini hina jika kita tak menyerang. Sediakan payung sebelum hujan. “Luck is what happens when preparation meets opportunity.” Jadi apakah persiapan kita untuk merebut peluang ini?

18. Jika dulu banyak alasan tak ada masa, kini ambil peluang PKP untuk mantapkan ilmu, dan buat homework. Persiapkan diri dan bijak mengambil peluang.

19. Pelbagai jenis investing:
– Value investing
– Growth investing
– Contrarian investing

Kredit: Wan Farah

Siapa yang berminat nak layan video penuh, boleh ke: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/3142038985826310/

NEW WORLD ORDER ⚠️

[🔴LIVE] NEW WORLD ORDER⚠️.Bersama Mohd Asri Ahmad & Ahyat Ishak.Jangan lupa untuk Like, Share dan Comment!…#SahamIsCool#BeraniBangkit

Posted by Mohd Asri on Selasa, 31 Mac 2020





Source link