Uncategorized

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 1


Bila sebut pasal bilionair, ramai yang merujuk kepada senarai yang dikeluarkan Forbes. Dan berikut merupakan senarai terkini bilionair di Malaysia bagi tahun 2019:

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 2
Sumber: Forbes

Tapi sebenarnya ramai lagi orang yang hebat-hebat, terutamanya yang Bumiputera. Jom kita tengok mereka yang kaya-raya hasil daripada menjadi pemegang saham (shareholder) syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

1. Mohamad Shahrin Bin Merican (Maxis)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 3
Sumber: Maxis

Dengan hampir 5 juta saham dimiliki beliau, kalau kita ambil harga semasa Maxis iaitu RM5.46 seunit (21 Ogos 2019), beliau bernilai RM26.678 bilion.

2. Dato’ Haji Badri Bin Haji Masri (Maxis)

This image has an empty alt attribute; its file name is maxis-substantial-shareholders-700x528.jpg
Sumber: Maxis

Beliau juga merupakan di antara pemegang saham Maxis yang terbesar dengan nilai RM26.618 bilion. Dulu beliau merupakan Pengerusi dan Pengarah Astro.

3. Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha (MyEG)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 4
Sumber: The Edge Markets
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 5
Sumber: i3Investor

Beliau dahulunya pemilik terbesar MyEG sebelum menjual 1 bilion unit saham syarikat pada tahun 2017. Pada masa itu, harga MyEG adalah RM2.03 seunit, maka jualan tersebut bernilai lebih RM2 bilion jugalah.

4. Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah (Serba Dinamik)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 6
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO bagi syarikat Serba Dinamik. Dengan pegangan sebanyak 346.78 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau kini bernilai RM1.526 bilion.

5. Tuan Haji Abdul Kadier Bin Sahib (Serba Dinamik)

This image has an empty alt attribute; its file name is Mohd-Abdul-Karim-Bin-Abdullah-700x530.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Pemegang saham kedua terbesar Serba Dinamik, beliau merupakan Non-Independent Non-Executive Director syarikat. Dengan pegangan sebanyak 278.21 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau kini bernilai RM1.224 bilion.

6. Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera (Serba Dinamik)

This image has an empty alt attribute; its file name is Mohd-Abdul-Karim-Bin-Abdullah-700x530.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Seorang lagi ahli lembaga pengarah Serba Dinamik Berhad di dalam senarai. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat. Dengan pegangan sebanyak 153.01 juta saham dan nilai semasa saham RM4.40 seunit (21 Ogos 2019), beliau bernilai RM673.24 juta.

7. Datuk Hasmi Bin Hasnan (Naim + Dayang + Perdana)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 7
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan Naim Holdings sejak tahun 2003 lagi. Beliau juga merupakan pengarah dua lagi syarikat yang tersenarai, iaitu Executive Chairman untuk Dayang Enterprise Holdings Berhad sejak 1 September 2018, dan Non Independent and Non Executive Chairman untuk Perdana Petroleum Berhad sejak 1 September 2018.

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 8
Sumber: KLSE Screener
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 9
Sumber: KLSE Screener

8. Tengku Dato’ Yusof Bin Tengku Ahmad Shahruddin (Perdana + Dayang)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 10
Sumber: Bursa Marketplace
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 11
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder keempat terbesar di Dayang Enterprise dan shareholder ketiga terbesar di Perdana Petroleum.

9. Dato’ Shahriman Bin Shamsuddin (Sapura Energy)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 12
Sumber: Sapura Energy
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 13
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder di dalam Sapura Holdings, yang merupakan pemilik kedua terbesar Sapura Energy ni.

10. Tan Sri Dato’ Seri Shahril Bin Shamsuddin (Sapura Energy)

This image has an empty alt attribute; its file name is top-10-sapura-holdings-700x367.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan shareholder kelapan terbesar dengan 169 juta saham syarikat Sapura Energy ni. Beliau juga merupakan abang kepada Dato’ Shahriman Bin Shamsuddin di atas.

11. Dr. Roshayati Binti Basir (Kumpulan Fima)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 14
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan seorang doktor pakar di Pusat Perubatan Sunway dan merupakan shareholder terbesar di Kumpulan Fima Berhad yang terlibat dalam industri pelaburan dan hartanah.

Sebelum ini beliau juga merupakan pengarah untuk Nationwide Express.

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 15
Sumber: Bursa Malaysia

12. Rozilawati Bt Haji Basir (Fima Corporation)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 16
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan adik kepada Dr. Roshayati Binti Basir dan juga merupakan pemegang saham kesembilan terbesar, di samping menjadi shareholder di dalam Fima Metal Box Holdings yang merupakan pemegang saham terbesar Fima Corporation.

13. Rozana Zeti Binti Basir (Fima Corporation)

This image has an empty alt attribute; its file name is top-10-kumpulan-fima-700x364.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan adik kepada Dr. Roshayati Binti Basir dan Rozilawati Bt Haji Basir. Beliau adalah shareholder kedua terbesar Fima Corporation. Memang rezeki adik-beradik.

14. Tan Sri Hamdan Mohamad (Ranhill)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 17
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau memegang jawatan sebagai CEO bagi Ranhill Berhad ni. Selain daripada menjadi pemegang saham kelima terbesar syarikat, beliau juga menjadi pemegang saham menerusi Hamdan Foundation juga.

15. Datuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi (Ta Ann Holdings)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 18
Sumber: Bursa Marketplace

Selain daripada menjadi shareholder ketiga terbesar, Datuk Amar Abdul Hamed juga memegang saham di dalam Mountex Sdn Bhd. Secara tak langsung, beliau merupakan majoriti shareholder syarikat.

16. Dato Ahmad Sebi Bin Bakar (Digi + Advance Synergy)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 19
Sumber: Digi
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 20
Sumber: Bursa Marketplace

Dengan 58 juta saham Digi, dengan harga semasa di sekitar RM5 seunit – hampir RM300 juta jugalah nilainya. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemegang saham kedua terbesar Advance Synergy.

17. Tan Sri Abdul Rashid Hussain (Dialog + Priceworth)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 21
Sumber: Dialog Group
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 22
Sumber: Bursa Marketplace

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Rashid Hussain, pengasas RHB Bank? Sekarang beliau merupakan shareholder ke-12 terbesar Dialog Group dengan 71 juta unit saham. Dengan harga saham mencecah RM3.50, pegangan beliau hampir RM250 juta dengan syarikat Dialog ni.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan shareholder ketiga terbesar Priceworth International dengan 240 juta saham syarikat.

18. Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan (G3 Global + MMAG)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 23
Sumber: Bursa Marketplace
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 24
Sumber: KLSE Screener

Kalau nak tahu, Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan adalah Pengarah Urusan dan merupakan salah seorang pemilik Global Man Capital, iaitu pemegang saham terbesar G3 Global. Beliau juga memegang 15% saham MMAG Holdings secara tidak langsung.

19. Wan Khalik Bin Wan Muhammad (G3 Global)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 25
Sumber: G3 Global

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif syarikat dan juga merupakan salah seorang pemilik Global Man Capital bersama dengan Datuk Haji Khan Bin Mohd Akram Khan, iaitu pemegang saham terbesar G3 Global.

20. Tan Sri Dato’ Azman Hashim (AMMB Holdings + Amcorp Properties)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 26
Sumber: Bursa Marketplace
22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 27
Sumber: Bursa Marketplace

Siapa tak kenal dengan AmBank ni kan? Tan Sri Dato’ Azman Hashim merupakan Pengerusi AMMB Holdings dan juga pemegang saham terbesar melalui Clear Goal Sdn Bhd. Beliau juga merupakan shareholder di dalam Amcorp Property menerusi Amcorp Group.

21. Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib (Cahya Mata Sarawak)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 28
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan pemegang saham keempat terbesar bagi Cahya Mata Sarawak (CMSB) dengan 97 juta unit. Dengan harsa saham CMSB sekitar RM2.30 seunit, ini bermakna beliau bernilai RM225 juta.

22. Datuk Haji Abu Hanifah bin Noordin (Datasonic)

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 29
Sumber: Bursa Marketplace

Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif bagi syarikat Datasonic Group ni. Dengan 204 juta unit saham dan harga saham di paras RM0.90, beliau bernilai RM183 juta jugalah.

Senarai ini baru sedikit, ramai lagi sebenarnya yang kaya-raya tetapi memegang saham melalui proksi. Semoga lebih ramai lagi Bumiputera yang terlibat dalam pelaburan saham dan juga menjadi pemilik syarikat yang maju dan kaya-raya.

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 30

22 Hartawan Bumiputera Yang Kaya-Raya di Bursa Malaysia 31

Komen

komen





Source link