Artikel Terkini

3 Cara Pelabur Sofistikated (The Sophisticated Investor) Berfikir Dan Bertindak


Photo by Ante Hamersmit on Unsplash

Sebelum ini kami ada kongsikan 5 Kategori Pelabur Mengikut Robert Kiyosaki, dan salah satunya adalah Pelabur Sofistikated.

Pelabur sofistikated adalah pelabur yang sering berfikiran jauh ke hadapan dan berfikir di luar kotak. Mereka peka dengan undang-undang dan peraturan ketika melakukan apa sahaja transaksi saham. Sudah pasti kejayaan dan kekayaan adalah matlamat semua pelabur.

Menurut Robert T. Kiyosaki dalam bukunya yang berjudul Guide To Investment, Rich Dad berkata bahawa dengan belajar melalui pengalaman sehingga berjaya membina bisnes, akan menjadi seseorang itu pelabur sofistikated. 

Jom lihat beberapa cara pelabur sofistikated berfikir dan bertindak yang boleh anda contohi.

1. Himpun Dan Beli Aset, Kurangkan Liabiliti

Pelabur sofistikated akan sentiasa memastikan wang mereka banyak dan mempunyai simpanan yang amat kukuh.  Oleh itu, mereka akan menghimpun dan membeli aset seperti rumah, emas dan sebagainya.

Di samping itu, liabiliti yang menyebabkan wang keluar akan dikurangkan.

2. Jadikan Perbelanjaan Peribadi Kepada Perbelanjaan Bisnes

Perbelanjaan peribadi akan dianalisis dan ditukar kepada perbelanjaan bisnes bagi pelabur sofistikated. Ia dibuat untuk tujuan percukaian. Mereka akan mengurangkan perbelanjaan peribadi dan pembayaran cukai di samping melebihkan dana perniagaan dan pelaburan mereka.

3. Mengetatkan Kawalan

Kawalan perbelanjaan dan urusniaga akan dibuat dalam bentuk
dokumentasi dan penyata kewangan. Pelabur sofistikated tidak akan mengalami
masalah kerana mereka memahami setiap satu masalah, undang-undang diperlukan
dan dapat menguasai ilmu kewangan. 
Pelabur bukan sofistikated akan mula mengalami masalah.

Terdapat beberapa kawalan yang perlu pelabur sofistikated ambil tahu selain fokus kepada penyata kewangan. Di antaranya adalah:

  • Kawalan Terma-Terma Dan Syarat
    Perjanjian

Sekiranya seseorang pelabur sudah menguasai terma dan syarat
perjanjian, tidak mustahil mereka dapat mengelak daripada membayar cukai.  Seseorang pelabur sofistikated haruslah
mengawal terma-terma dan syarat perjanjian dalam sesebuah pelaburan yang mereka
sertai.

Sebagai contoh, Akta Section 103 (Undang-undang Amerika)
digunakan dalam kes anda melakukan roll
over
atas jualan rumah kecil kepada sebuah bangunan pangsapuri kecil. Akta
tersebut akan membenarkan anda menangguh atau roll over keuntungan daripada dikenakan cukai.

  • Kawalan Ke Atas Akses Maklumat

Tahukah anda, pelabur sofistikated yang juga berperanan sebagai
pelabur dalaman dapat mengakses maklumat. Pelabur perlu memahami semua maklumat
yang diperlukan seperti syarat perundangan yang dikenakan oleh SEC di Amerika
(begitu juga dengan organisasi pemantau di negara lain).

  • Kawalan Ke Atas Pemberian, Filantropi

Selain urusan kewangan diri sendiri, pelabur sofistikated
juga mementingkan tanggungjawab sosial dan sumbangan semula kepada masyarakat.
Kerja filantropi dan sumbangan kebajikan adalah usaha dari pemberian ini.
Namun, sistem kapitalisme seperti mencipta peluang pekerjaan dan perkembangan
ekonomi juga diamalkan oleh masyarakat.

Akhir kata,

Dengan berfikir dan bertindak seperti pelabur sofistikated,
sesebuah syarikat akan mudah memperoleh kejayaan dan keuntungan satu demi satu.
Semua transaksi dilakukan dengan terperinci akan mengurangkan risiko dan
memaksimumkan keuntungan.

Sumber Rujukan:  Rich Dad’s: Guide To Investment



Source link