Uncategorized

3 Perkara Perlu Ada Untuk Menjadi Seorang Fulltime Trader

3 Perkara Perlu Ada Untuk Menjadi Seorang Fulltime Trader 1


Alhamdulillah, semakin ramai yang celik dengan ilmu pelaburan. Ada yang menjadikannya sebagai pendapatan pasif, tidak kurang juga yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan dan menjadikannya sebagai pendapatan utama.

Jom kita dengarkan penjelasan daripada Tuan Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx, boleh juga kenali beliau dengan lebih lanjut dalam Kisah Seorang Diplomat Yang Sanggup Berubah Kerjaya Menjadi Pedagang Sepenuh Masa FCPO.

Pandangan saya:
1. Ilmu Teknikal Analisis yang ampuh.
2. Kecekalan emosi.
3. Financial backup.

Untuk menguji sama ada ilmu TA sudah ampuh atau tidak, saya sarankan rakan saya untuk membuat Paper Trade (PT) dahulu dan dapatkan hasil yang konsisten. Jika mahu menguji aspek ke-2 di atas, silakan ambil cuti tanpa gaji dan trade real money.

Cuba tengok dalam masa sebulan sama ada boleh buat duit atau tidak?

Sama ada hasil keuntungan tersebut boleh support life atau tidak?

Katakan komitmen bulanan ialah sebanyak RM3,000 untuk instalment rumah, kereta, credit cards serta monthly expenses..cukup atau tidak hasil dari trading…jika minus…maka lupakan dahulu hasrat untuk menjadi fulltime trader.

Belum masanya. Please accept my advise to avoid suicidal serta porak-peranda dalam hidup.

Aspek ke-3 iaitu Financial
Backup sangatlah penting dalam memberikan ketenangan kepada seorang trader.
Trade sepatutnya dilakukan dengan tenang dan bukannya tertekan untuk membuat
duit. Betulkan dahulu niat dalam trading.

“I want to make money in trading.”

Berbeza dengan..

“I don’t want to lose money in trading.”

Yang membezakannya ialah mind
setting. Yang pertama akan menjadikan kita aggressive trader. Dengan kata mudah,
kita akan mudah mendapat wahyu dalam trading. Mudah mendapat “signal” untuk
memasuki posisi. Keadaan inilah yang akan membunuh disiplin serta tidak “trade
the plan” walaupun sudah “plan the trade.”

Ungkapan kedua akan menghasilkan midset yang Defensive. Umpama samurai di medan juang memerhatikan kekuatan dan kelemahan musuh sebelum membuat percaturan peperangan.

Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang trader. Consistent loss, inconsistent profit. Hanya trade apabila setups muncul. Biarkan sahaja jika terlepas entry kerana market will always be there…time and tide waits for no man….bukanlah maksudnya kita perlu mengejar the bandwagon tetapi tunggu sehingga ia memperlahankan pecutan dengan timing yang betul untuk sama-sama ride the train.

Untuk menjawab soalan rakan saya apakah persediaan yang dibuat sebelum tender the resignation. Jawapannya ialah seperti 3 perkara di atas. Sesudah dipenuhi maka saya pun berani “fire my boss”. Tetapi perkara ke-3 adalah yang paling lama untuk dipenuhi dan memerlukan perancangan teliti.

Financial backup saya adalah hasil dari unit-unit rumah yang disewakan. Passive Income tersebut adalah makjun penenang di kala market tidak begitu memberansangkan. Saya tidak kalut sangat untuk membayar komitmen bulanan.

Jika tidak terlalu memikirkan
membuat untung, insya-Allah kita akan berpeluang mendapat lebihan wang. Malah
ada kalanya kita akan mendapat bonus awal hasil dari ketenangan minda semasa
trading.

Sebaliknya jika terlalu
memfokuskan mahu membuat untung, maka banyak perkara-perkara mistik berlaku
seperti tidak mengambil untung semasa In The Money, hanya meletakkan mental
Stop Loss dan berharap market akan kembali kepada posisi asal jika market
reverse.

Jadi, tidak boleh meletakkan target khusus dalam trading? Bagi saya, hanya target tidak mahu rugi..kerana jika tidak rugi maka ada high chances untuk berada dalam keadaan untung. Jika untung anggap sahaja ia sebagai bonus kerana berjaya untuk tidak rugi.

Bonus pula tidak menentu sama ada setengah bulan gaji asal atau beberapa bulan gaji PTD, kerana semuanya bergantung kepada momentum market semasa. Rezeki adalah ketentuan-Nya..kita hanya merancang dan melaksana.

Saya harap pandangan ini mampu memberikan dimensi baru kepada rakan-rakan saya dalam membuat pertimbangan untuk menjadi fulltime trader.

Saya bukanlah seorang trader yang hebat.
Saya cuma mampu hidup tenang dan bebas dengan menggunakan medium trading.

Jika ada rezeki insya-Allah saya mahu tingkatkan lagi usaha dengan senjata skala besar tetapi menggunakan disiplin yang sama. Itupun setelah bertahun-tahun menggunakan pencak yang sama…jatuh bangun hanya diri sendiri yang tahu. IMHO.

Semoga bermanfaat.

www.futuresintell.com

Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx,
Fulltime Trader, Coach, Author
Capital Markets Services Representative License (CMSRL)
Maybank Investment Bank (MIB),
Certified Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad.
013.306.5104

3 Perkara Perlu Ada Untuk Menjadi Seorang Fulltime Trader 2

Komen

komen





Source link