Artikel Terkini

4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities


Dah biasa melabur dan berdagang saham di
Bursa Malaysia, kini nak melabur ke luar negara? Nak rebut peluang melabur di
Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Singapura; di mana
terdapat beribu-ribu kaunter sampai rambang mata dibuatnya? Masalahnya, semua trading account yang ada untuk trade saham global adalah konvensional, tiada satu pun yang Islamik?

Berita baik untuk kita semua, CGS-CIMB
Securities Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Jupiter Securities Sdn Bhd
baru saja melancarkan Perdagangan Merentas Sempadan Islamik atau Islamic Cross
Border Trading (ICBT) menerusi platform atas talian mereka iaitu CGS-CIMB
iTrade. Ianya merupakan broker pertama di Malaysia yang mempunyai kemudahan
seperti ini.

Nak tahu tak kelebihan akaun CGS-CIMB iTrade ni?

1. Hanya Perlu Satu Akaun Trading

Kalau sebelum ini kita kena buka satu akaun
trading untuk Bursa Malaysia, satu lagi
akaun trading untuk pasaran saham
global; kini kita hanya perlu buka satu akaun saja dengan CGS-CIMB iTrade.

Dengan satu akaun trading ini, kita dah boleh melabur dan berdagang bukan sahaja di
Bursa Malaysia; tetapi di Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan
Singapura.

2. Akaun Trading Islamik

Kalau di Bursa Malaysia, apabila kita
membuka akaun CDS dengan mana-mana broker; pastinya kita sebagai umat Islam
akan memilih akaun Islamik. Kita tak mahu buka akaun trading konvensional,
sebab takut untuk terlibat dengan unsur-unsur riba, gharar dan maisir.

Bila kita nak trade saham global, malangnya tidak semudah itu. Kebanyakannya
adalah akaun konvensional, dan kita tidak mempunyai pilihan untuk pilih yang
Islamik. Niat nak melabur untuk bina kekayaan, tapi takut termakan pula duit
hasil daripada riba.

Niat tak menghalalkan cara…

Dengan CGS-CIMB iTrade, kita tak perlu
risau lagi. Sepertimana akaun Islamik untuk kita trade di Bursa Malaysia tanpa was-was, kini dengan akaun yang sama
kita guna untuk trade saham global.

Ada panel penasihat syariah yang akan
memastikan kepatuhan Syariah akaun trading
ini, maka hati kita pun senang setiap kali nak jual beli saham.

3. Beli Saham Yang Patuh Syariah

Bila akaun trading dah patuh Syariah, kita
kena pastikan yang kita hanya beli saham-saham yang patuh Syariah. Tapi macam
mana nak tahu sesuatu saham itu adalah patuh Syariah atau tidak?

Kalau di Bursa Malaysia, kita ada Majlis
Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti yang akan mengeluarkan senarai
saham-saham patuh Syariah setiap bulan Mei dan November. Tapi bagaimana pula di
pasaran saham global?

Inilah kelebihan yang ada dengan akaun
Islamik CGS-CIMB iTrade, kerana ia menawarkan ekosistem Islamik yang
sepenuhnya. Dengan saringan syariah oleh Refinitiv Eikon (dulu dikenali sebagai
Thomson Reuters Financial & Risk), mereka inilah yang akan membuat saringan
bagi memastikan sesuatu saham itu adalah patuh syariah. Malah, senarai syarikat
ini akan dikemaskini setiap bulan.

Sekarang akaun trading pun Islamik, senarai syarikat patuh Syariah pun ada dengan
kita. Apa tunggu lagi, kini kita dah boleh melabur di Bursa Malaysia, NASDAQ,
NYSE, NYSE American, HKEX, SGX, IDX dan SET tanpa was-was.

Pagi kita trade pasaran saham Hong Kong, Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Thailand; malam kita trade pula
pasaran saham Amerika Syarikat. Memang tak tidurlah jawabnya lepas ni.

4. Dapatkan Ilmu Pelaburan Dan Kewangan Secara Percuma

Zaman sekarang macam susah nak dapat benda percuma, tetapi tidak dengan CGS-CIMB. Mereka baru saja melancarkan laman Facebook mereka yang baru iaitu FB ITradeIslamic. Di sini, macam-macam ilmu berkaitan pelaburan dan kewangan untuk kita sama-sama belajar.

Ianya menggunakan Bahasa Melayu dan
dipenuhi infografik, memang mudah untuk semua orang belajar daripada mereka
yang dah pakar dan berpengalaman. Dengan tagline “Demi Barakah”, jom kita
bersama-sama menjadi seorang pelabur yang matang dan berpandukan syariat Islam
apabila kita melabur.

Sebarang pertanyaan mengenai pembukaan akaun CDS atau apa-apa saja, boleh ke FB ITradeIslamic dan PM mereka.

Jemputan Ke
‘Webinar Mari Labur!’

Berita baik buat anda semua yang sedang #StayAtHome kerana CGS-CIMB akan mengadakan ‘Webinar Mari Labur!’ secara percuma menggunakan Zoom seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2020 (Isnin)
Masa: 10.30 Pagi
Topik: Mari Labur
Speaker: Abdul Hafiz Omar (Dealer @ CGS-CIMB) dan Koh Seh Siang (Ketua
Penyelidik Bahagian Runcit)

Daftar sekarang di: https://zoom.us/webinar/register/WN_bsaeEZT_SZyKXPdxIemO8A

Jangan lupa untuk like FB ITradeIslamic untuk memeriahkan suasana. Jumpa anda di sana.



Source link