Artikel Terkini

4 Strategi Pelaburan Bagi Menangani Covid-19


Harapan supaya penularan COVID-19 dapat dibendung di China berakhir apabila virus itu merebak pantas ke seluruh dunia. Kesannya, pasaran saham global telah pun memasuki ‘bear market’ dan menandakan kegawatan ekonomi telah tiba.

Ramai pelabur masih lagi panik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat dalam situasi sebegini.

Adakah keadaan pasaran akan pulih atau sebaliknya? Sudah semestinya, tapi mungkin memakan masa sedikit, ada yang kata 1-2 tahun baru keadaan kembali seperti sediakala.

Sementara itu, berikut merupakan beberapa strategi pelaburan dan panduan asas bagi berdepan dengan keadaan yang tidak menentu ini.

1. Semak Semula Asset Allocation

Jika kita telah mempunyai asset allocation sebelum ini, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Tetapi dengan syarat, dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan gaji telah pun mencukupi.

Mungkin kita boleh fokus kepada aset yang memberikan keuntungan tetap dan mempunyai risiko yang lebih rendah.

2. Nilai Semula Profil Risiko

Jika kita sudah cemas apabila melihat warna merah dan pulangan negatif pelaburan melebihi 15%, kita perlu menilai semula kategori profil risiko.

Jika sebelum ini kita rasa diri ini seorang pelabur aggressive dengan melihat potensi pelaburan yang dijanjikan, kita mungkin tersilap. Terimalah hakikat sebenarnya kita bukanlah pelabur aggressive tetapi mungkin pelabur berisiko sederhana atau konservatif.

3. Tukar Jenis Dana

Jika kita mempunyai pelaburan dalam unit amanah (unit trust), boleh membuat pertukaran dana secara percuma jika ianya masih di dalam syarikat yang sama. Kita boleh memilih untuk bertukar ke dana yang berisiko rendah seperti sukuk/bon dan money market.

Tetapi, jangan lupa tukar semula kepada dana yang berprestasi tinggi (equit ) selepas pasaran kembali pulih atau kita berisiko untuk kehilangan potensi pelaburan yang besar.

4. Teruskan Melabur Dengan Tenang

Sebagai seorang pelabur jangka masa panjang, adalah penting untuk kita kerap menambah pelaburan secara konsisten tanpa mengambil kira keadaan pasaran semasa.

Teknik Ringgit Cost Averaging terbukti mampu memberikan pulangan yang konsisten untuk jangka masa panjang. Tidak kira samada pasaran turun atau naik, setiap bulan kita melabur.

Ditulis oleh:

INAZ HASHIM
MB BCH BAO, FAR, FPR, ShRFP
Perancang Kewangan Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia.
www.inazhashim.com



Source link