Uncategorized

5 Cara Mudah Untuk Bebas Daripada Masalah Tunggu ‘Hari Gaji’

5 Cara Mudah Untuk Bebas Daripada Masalah Tunggu ‘Hari Gaji’ 1


Ramai daripada kita pasti mengalami masalah kena tunggu hari gaji untuk settlekan bil-bil utiliti, sewa rumah, membeli barangan dapur dan sebagainya. Bila dan settle semua benda penting ini, gaji pula cukup-cukup sahaja untuk ‘survive’ sampai bulan depan.

Malah, ada juga yang terpaksa meminjam daripada keluarga dan rakan-rakan. Jadi, apakah cara terbaik untuk bebas daripada belenggu kewangan ini?

1. Sediakan Bajet

Masih ramai yang tidak memahami keperluan untuk menyediakan bajet bulanan. Bajet bulanan ini penting bagi memastikan kita tahu ke mana duit kita akan disalurkan bagi setiap bulan.

Jadi kita akan lebih bersedia serta mengetahui bahawa cukup atau pun tidak gaji pada bulan itu untuk cover perbelanjaan penting seperti bil, duit rumah dan sebagainya.

Jadi tak berlakulah masalah selepas shopping sakan, duit nak makan pun tak ada! Untuk kemudahan kita, sekarang terdapat banyak aplikasi mudah yang boleh kita muat turun bagi membantu dalam menyediakan bajet seperti Pocket Expense, Goodbudget dan Wally.

Boleh juga baca 5 Cara Untuk “HACK” Bajet Bulanan Bagi Yang Bujang.

2. Utamakan Hutang

Bila dah dapat gaji, jangan pula terus berbelanja besar dengan makan di tempat mewah, shopping dan sebagainya. Langsaikan dahulu perkara penting seperti bayar bil-bil, sewa rumah, kereta, hutang PTPTN dan sebagainya. Kemudian, ambil sedikit daripada baki tadi untuk tujuan simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Satu perkara harus diingatkan, jangan usik duit simpanan ini kecuali untuk perkara kecemasan sahaja! Selepas itu, lihatlah banyak mana lagi gaji kita yang tinggal.

Kalau masih ada lebihan untuk anda tengok wayang, makan di kafe atau sebagainya, silakan.

Bagi mereka yang nakkan tips yang lagi power, Nak Bebas Hutang? Ikut 7 Langkah Ini.

3. Belajar Berjimat

Bila kita dah buat senarai bajet tadi, tentu boleh nampak berapa banyak duit yang kita telah belanjakan dalam masa sebulan. Selepas itu, kita boleh belajar berjimat cermat dengan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan yang tidak perlu.          

Sebagai contoh, jika kita melanggan pakej siaran televisyen berbayar, tetapi mungkin hanya menonton TV di hujung minggu sahaja. Itu pun selama beberapa jam. Jadi buat apa membazir? Hentikan sahaja langgan tersebut dan pilih cara lain yang lebih murah atau percuma seperti melanggan Iflix, Netflix atau pun tengok saja di Youtube.

Baca juga Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

4. Tambah Pendapatan

Zaman sekarang, melakukan dua, tiga jenis kerja bukanlah satu perkara asing lagi. Ini dilakukan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Ada yang menjadi pemandu Grab atau pun menjual burger setelah tamat waktu kerja.

Kalau kita jenis suka berada di rumah, mungkin boleh melakukan pekerjaan secara freelance seperti menulis, mereka laman web, dan sebagainya.

Kalau nak duit lebih, kenalah berpenat sikit kan? Boleh juga rujuk 10 Idea Menyeronokkan Untuk Menjana Pendapatan Mengikut Personaliti.

5. Ubah Mentaliti

Wang bukanlah segala-galanya, tapi tanpa wang sukar untuk kita mendapatkan apa yang kita impikan untuk diri dan keluarga. Jadi untuk dapatkan kebebasan kewangan, kita disarankan supaya berbelanja kurang daripada pendapatan bulanan anda.

Ini bagi memastikan ada duit lebihan untuk tujuan simpanan atau pelaburan bagi setiap bulan.

Kalau boleh, gunakan sedikit simpanan tersebut untuk pelaburan jangka masa panjang. Ini bagi memastikan kita masih lagi mempunyai pendapatan pasif walaupun telah bersara.

Nak senang tak susah sebenarnya. Yang susah adalah untuk merealisasikannya. Tak rugi untuk bersusah-payah sedikit untuk kesenangan di masa hadapan.

Sumber Rujukan:
https://www.comparehero.my/money-tips/articles/hindari-belenggu-hari-gaji

5 Cara Mudah Untuk Bebas Daripada Masalah Tunggu ‘Hari Gaji’ 2

Komen

komen





Source link