Uncategorized

5 Musibah Kalau Lambat Bayar Hutang Kad Kredit


Sebelum ini kami ada kongsikan 7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan, tetapi itu daripada sudut yang positif. Bagaimana pula dengan sudut negatifnya?

Lebih-lebih lagi kalau kita jenis yang lambat bayar hutang, memang cari nahas. Jom kita tengok 5 masalah yang akan timbul jika kita lambat bayar.

1. Kadar Faedah Lebih Tinggi

Rasanya semua sedia maklum tentang perkara ini. Kalau kita membuat bayaran lewat daripada tempoh yang sepatutnya, kita boleh dikenakan kadar faedah yang tinggi sehingga 18%.

Ada ke pelaburan yang dapat memberikan pulangan 18% sebulan? Jadi lebih kita buat bayaran awal supaya kadar faedah adalah lebih rendah.

2. Caj Bayaran Lambat

Dahlah faedah yang dikenakan adalah tinggi, kita juga akan dikenakan caj bayaran tertentu sebagai salah satu hukuman kerana lambat melakukan pembayaran. Caj yang dikenakan adalah berbeza di antara satu bank dengan bank yang lain.

Tetapi selalunya caj yang dikenakan adalah sekitar baki yang tertunggak dan caj tersebut akan dikenakan sehingga kita melangsaikan tunggakan tersebut.

Dan paling sakit lagi, kita juga perlu membayar caj faedah untuk baki tertunggak yang melepasi tarikh pembayaran semula! Kiranya makin tinggilah kos yang perlu kita bayar nanti.

3. Menjejaskan Skor Kredit

Skor kredit yang baik adalah penting bagi memastikan permohonan pinjaman kita diluluskan. Ini kerana segala maklumat pembayaran kad kredit kita boleh diteliti oleh semua bank. Mereka boleh memperoleh maklumat ini melalui CCRIS dan juga CTOS.  

Kalau kita sering membiarkan bayaran kad kredit tertunggak, segala bentuk pinjaman bank yang kita ingin lakukan juga berkemungkinan besar akan ditolak.

Selain daripada itu, permohonan untuk mendapatkan kad kredit baru juga sukar untuk diluluskan.

4. Terpaksa Berdepan Dengan Pengutip Hutang

Kita mungkin ingat, tak apalah lambat bayar sedikit pun. Paling kuat pihak bank cuma akan telefon kita untuk segera buat pembayaran.

Kalau tak nak cakap dengan pegawai tersebut, senang sahaja, jangan angkat atau letak sahaja telefon. Mudahnya, dah pandai berhutang buat liat pula nak bayar.

Buat pengetahuan semua, pihak bank boleh menghantar pengutip hutang untuk memungut hutang daripada kita bukan sahaja dirumah tetapi juga di pejabat.

Jadi kalau tak nak mengundang pelawat yang tak diingini, jangan bertangguh untuk bayar hutang kad kredit.

5. Boleh Diisytiharkan Muflis

Sekiranya tunggakan hutang melebihi RM30,000 dan kita tidak dapat melangsaikannya dalam tempoh melebihi 6 bulan, kita boleh diisytiharkan muflis. Kita bukan sahaja akan dihalang keluar dari Malaysia, harta benda kita juga akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi bagi melangsaikan hutang tersebut.

Kalau kita di dalam bidang profesional pula seperti perubatan, undang-undang, perakaunan dan sebagainya, kita tak dapat meneruskan kerjaya tersebut dan akaun bank akan dibekukan.

Sekarang siapa yang susah? Kita juga kan?

Sumber Rujukan: https://www.comparehero.my/credit-card/articles/bahaya-lambat-bayaran-kadkredit

Semak Kedudukan Kewangan Dengan Laporan Kredit

Anda mungkin berasa bahawa anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tetapi adakah pihak bank atau institusi kewangan mempunyai pandangan yang sama?

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti :

✔️ i-Score (skor kredit)
✔️ CCRIS
✔️ SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA)
✔️ PTPTN
✔️ Maklumat pinjaman dari syarikat bukan berkaitan perbankan

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line. Dalam 15 minit inshaAllah siap.

Komen

komen





Source link