Artikel Terkini

5 Nasihat Kewangan Untuk Anak Muda Berumur 20-an


Sebelum kita menginjak masuk usia 30 tahun, kita sebenarnya sedang berada di dalam fasa baru nak membina kehidupan. Kita baru saja melalui fasa pendidikan formal dan selama ini banyak perkara yang diuruskan oleh ibu dan ayah.

Apabila kita mula melangkah masuk umur 20 tahun, kita kena pandai membuat keputusan sendiri dan belajar untuk mengurus kewangan peribadi.

Berikut merupakan beberapa nasihat supaya anda tidak tersilap langkah.

Nasihat 1: Mula Membuat Simpanan

Meskipun masih belajar, kita kena mula belajar menyimpan duit. Tiada istilah mula membuat simpanan apabila sudah bekerja.

Sebaik saja menjejakkan kaki ke universiti, kita dah boleh menyimpan duit walaupun RM5 seminggu. Berpeganglah kepada konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ini penting untuk membiasakan diri dengan tabiat menyimpan sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan. Kalau tak dididik dari awal, kita mungkin akan tunduk dengan nafsu apabila duit gaji nanti bakal lesap begitu sahaja (percayalah, kami pernah lalui fasa ini).

Baca juga:

Nasihat 2: Tak Perlu Kaya Untuk Mula Melabur

Masyarakat kita mempunyai stigma bahawa pelaburan hanyalah untuk mereka yang kaya saja. Ini cerita tahyul, jangan percaya.

Sekarang ada banyak produk pelaburan yang boleh dimulakan dengan modal yang sangat minima, serendah 5 sen pun ada.

Tetapi kita kena ingat petua ini, melaburlah dengan duit lebihan dan pastikan kita dah ada simpanan kecemasan sebanyak 3-6 bulan gaji kita.

Baca:

Nasihat 3: Kad Kredit Adalah Hutang

Jangan sesekali percaya bahawa kad kredit adalah lambang kemewahan. Kad kredit sebenarnya adalah liabiliti di mana kita akan berhadapan risiko muflis jika tidak dapat membayar balik pada masa yang ditetapkan.

Faedah hutang kad kredit adalah sangat tinggi, sekiranya kita hanya bayar minimum saja setiap bulan – nescaya kita sedang menempah tiket ke neraka wang. Bertaubat sebelum terlambat!

Baca:

Nasihat 4: Jangan Memilih Kerja

Apabila sudah tamat belajar, jangan sesekali memilih kerja. Kebanyakan anak muda suka memilih kerja kononnya mahu yang bersesuaian dengan kelulusan.

Sekiranya kita mempunyai pemikiran seperti ini, inilah punca berlakunya lambakan graduan yang menganggur. Seeloknya kita rebut peluang yang ada dan bermulalah dari bawah.

Walaupun ianya di luar bidang, tidak mengapa asalkan kita dapat mengisi masa lapang dan menimba pengalaman bekerja.

Baca:

Nasihat 5: Jangan Beli Kereta Mewah

Jenama kereta import menjadi idaman ramai anak muda bagi membuktikan bahawa mereka telah berjaya menamatkan pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang elok. Namun, ramai juga yang hanya mampu bayar instalment bulanan, tetapi tak mampu nak maintain kereta.

 “Tapi salesman tu kata gaji saya lepas, layak pakai kereta import yang baru”. Nama pun salesman, memang tugas dia meyakinkan bakal pelanggan.

Ingatlah bahawa ‘jenama’ kereta adalah kehendak dan bukan keperluan. Beli kereta tidak salah, tetapi ramai yang beli kereta yang salah.

Apa kata mula dengan menaiki motor atau menggunakan pengangkutan awam kerana banyak penjimatan wang boleh dibuat. Jauh lagi perjalanan hidup tu, janganlah membazir.

Baca:

Fikir-fikirkanlah nasihat ini. Betulkan hidup kita, jangan ikut apa yang ramai orang buat.



Source link