Uncategorized

5 perkara yang perlu dilakukan segera jika Facebook anda digodam

5 perkara yang perlu dilakukan segera jika Facebook anda digodam 1



5 perkara yang perlu dilakukan segera jika Facebook anda digodam 2

BARU-BARU ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati pengguna Facebook dan Instagram agar segera menukar kata laluan masing-masing jika menerima makluman bahawa terdapat maklumat bahawa kakitangan dalaman syarikat media sosial itu boleh membaca kata laluan anda.

Di sini Astro AWANI kongsi lima perkara yang anda perlu lakukan segara, jika mendapati akaun Facebook anda digodam.

1. Pastikan ia telah digodam

Pergi ke Settings > Security and LogIn. Di situ anda boleh lihat sejarah log masuk ke akaun Facebook anda dan juga peranti yang ada akses akaun Facebook anda.

Kalau anda tidak boleh log masuk, sudah pasti ia digodam kerana kata laluan sudah di tukar.

Lapor terus kepada Facebook jika anda tidak boleh akses akaun anda di www.facebook.com/hacked

Kesan perubahan pada akaun Facebook anda yang bukan dilakukan oleh diri sendiri.

2. Tukar semua kata laluan

Tukar semua kata laluan Facebook dan juga akaun yang berkaitan dengannya, seperti emel yang digunakan sebagai kata nama dan juga yang ada kaitan dengan emel tersebut.

Jangan lupa tukar kata laluan Instagram dan juga yang ada kaitan dengannya.

3. Periksa semua kebenaran yang diberikan kepada Facebook

Periksa pada aplikasi Facebook anda, siapa yang mempunyai akses kepada akaun anda.

Anda boleh batalkan akses tersebut dengan pergi ke Settings > Apps and Websites.

4. Kukuhkan akses Log Masuk

Facebook kini menawarkan pengesahan log masuk dua-faktor.

Dengan fungsi ini, anda akan mendapat notifikasi jika ada orang atau diri anda sendiri sudah log masuk ke akaun anda.

5. Beritahu rakan anda

Jika akaun anda sah digodam, beritahu perkara tersebut kepada rakan anda.

Penggodam tersebut mungkin berpura-pura untuk mendapatkan maklumat peribadi menerusi akaun Facebook anda.

Apapun, pastikan anda tidak berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi di media sosial dan menggunakannya dengan penuh bertanggungjawab.





Source link