Artikel Terkini

5 port makan menarik di Wangsa Maju


Wangsa maju, terkenal dengan pilihan tempat makan yang menarik. 

Ada pelbagai pilihan masakan yang boleh korang cuba. Antaranya masakan barat, masakan pantai timur, masakan melayu dan banyak lagi. Tinggal pilih je. 

Kali ni Tok nak kongsikan lima(5) port makan menarik di Wangsa Maju. Jemput baca artikel ni sampai habis.

Port makan #1 Restoren BRJ

Korang sukakan nasi lemak? Tok cadangkan korang cuba makan di sini. Restoren BRJ ni antara port makan top di Wangsa Maju. Yang patut korang cuba adalah nasi lemak ayam goreng. Harga di sini berpatutan dengan kualiti.

Sumber : friedchilies.com

Alamat: 12, Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi : 24 jam

Port makan #2 : Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse adalah antara salah satu port makan yang korang wajib singgah. Selain daripada masakan barat, di sini juga turut menawarkan masakan Melayu. Antara yang patut dicuba adalah asam pedas. Tok paling suka asam pedas di sini. 

Sumber : Fiske Steakhouse 

Selain tu, boleh cuba chicken chop dan spaghetti bolognese. Korang rasa kepekatan cheese dalam bolognesenya. 

Bagi yang sukakan pemanis mulut, di sini turut menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut. Pelbagai jenis kek yang ada antaranya ialah kek oreo cheese, kek coklat, karamel dan banyak lagi. Yang sukakan kek boleh cuba ok? 

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

Port makan #3 : Restoran Patatimo

Bagi yang sukakan masakan pantai timur, korang patut cuba makan di Restoren Patatimo. Disini korang boleh rasa pelbagai masakan pantai timur yang sedap. 

Antara menu yang ada adalah nasi kerabu, nasi Kelantan, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk yang lain. Bila Tok cuba makan di sini, terasa keaslian masakan pantai timurnya. 

Harga yang dikenakan pula berpatutan.

Sumber gambar : Restoren Patatimo

Alamat: D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.30 am – 4.00 am

Port makan #4 : Stiq 

Mencari tempat masakan mewah dengan harga yang berpatutan? 

Di Restoren Stiq, korang boleh menikmati pelbagai menu yang menarik. Daging lembu di sini boleh dipotong sekali je. Daging kambing pula dimasak perlahan selama 22 jam. Sangat lembut bila dimakan. Tok cadangkan korang cuba sendiri. Pendapat tok, sedap untuk dinikmati sekali sekala. 

Sumber : Restoren Stiq 

Setiap menu disajikan dengan salad, bawang karamel, kentang bakar dan air. Percuma je! 

Harga berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Boleh cuba singgah di sini. 

Alamat: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am

Port makan #5 : Burger Bakar Kaw Kaw

Nak cari tempat burger bakar yang sedap? 

Korang patut cuba burger bakar di Burger Bakar Kaw Kaw ni. Daging burgernya  segar dan homemade. Saiz hidangan pula besar. Ada pelbagai jenis burger yang korang boleh cuba. 

Dari segi harga pula, korang jangan risau. Harganya berpatutan. Tok cadangkan korang datang makan time korang lapar. Pendapat Tok, burger kat sini sedap dan kena dengan selera. 

Sumber gambar : friedchillies.com

Alamat:  Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.00 pm – 2.00 am

Amacam? Dah tahu dah kat mana lepas ni? 

Yang Tok cadangkan dalam artikel ni adalah berdasarkan personal taste Tok. 

Kalau korang berminat untuk cuba, boleh singgah cuba, ok? 

Ha, bagi yang singgah Wangsa Maju, Tok ada benda menarik nak kongsikan. Korang tercari-cari rumah yang menarik untuk dibeli? Projek ni mungkin sesuai dengan taste korang. 

Anda mencari rumah di Wangsa Melawati? 

Seperti yang korang sedia maklum, M Adora adalah projek kediaman kondominum dan mempunyai 677 unit di dua menara. Projek ini mempunyai 3 jenis unit yang boleh dipilih dengan ukuran antara 850 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

Untuk pengetahuan korang juga, jika korang berminat dengan M Adora, Tower B telah dibuka untuk pembelian. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM468,000.

Korang boleh pilih unit mana yang korang nak bersesuaian dengan perancangan masing – masing.

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG 



Source link