Artikel Terkini

5 Saham Kaki Gamers Kena Tahu


Permainan video adalah antara bentuk hiburan yang paling popular, dengan gamers di seluruh dunia menghabiskan masa sebanyak 3 bilion jam setiap minggu untuk bermain game! Kajian juga mengatakan bahawa terdapat 20.1 juta gamers di seluruh Malaysia dan membelanjakan wang sebanyak RM2.8 billion ke atas permainan video sahaja pada tahun 2019.

Padanlah Youtube dan Twitch gamers kaya-raya, memang industri ini banyak buat duit pun!

Selain itu, Statista menganggarkan bahawa 55.3% gamers di Malaysia adalah terdiri dari kaum lelaki manakala selebihnya wanita. Tak sangka, ramai juga gamers wanita ye!

Kalau anda nak tahu juga, 75% gamers Malaysia bermain permainan video di telefon pintar mereka, 66% masih juga bermain di komputer, manakala 55% bermain menggunakan konsol seperti PlayStation dan Xbox.

Sepanjang 6 bulan lepas, sebanyak 87% dari gamers telah membelanjakan wang untuk membeli barang maya (virtual goods) atau barang dalam permainan (in-game items). Antara banyak-banyak barang yang dibeli, barang yang paling popular ialah power-ups (barang yang membuatkan watak permainan menjadi lebih kuat).

Genre game yang paling popular di Malaysia pula ialah Strategi, di mana permainan yang paling popular ialah Mobile Legends.

Kalau anda seorang gamer, andalah yang membentuk statistik-statistik di atas. Selain main game-game ini, tahu tak yang anda juga boleh melabur dalam syarikat-syarikat yang menerbitkan game tersebut?

Ha, jangan terkejut kerana kebanyakan syarikat penerbit game ialah syarikat yang tersenarai di pasaran saham.

Jom kita tengok sama-sama!

1. Tencent

Jualan dari
segmen permainan video pada suku ketiga 2019:

USD5.2 bilion

Di saat permainan telefon pintar mengukuhkan kedudukan berbanding konsol, Tencent sebagai syarikat pengeluar permainan video terbesar di dunia turut mengambil peluang untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai raja permainan video.

Dengan portfolio game yang solid terdiri dari League of Legends, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), dan Honour of Kings, Tencent boleh dikatakan syarikat paling berjaya dari segi hasil jualan berkaitan permainan video buat masa ini.

Syarikat yang beroperasi dari China ini juga pemilik kepada aplikasi yang paling besar di China iaitu WeChat.

2. Sony

Jualan dari segmen permainan video pada suku ketiga
2019:

USD3.0
bilion

Di tempat kedua ialah Sony, dengan hasil jualan sebanyak USD3 bilion dari segmen permainan video sahaja. Namun, segmen permainan video Sony bukanlah berkaitan jualan game sahaja, malah Sony menjual konsol yang paling popular di dunia iaitu PlayStation.

Selain jualan konsol, Sony juga menawarkan khidmat langganan berbayar PlayStation Plus dan PlayStation Now. Tidak dilupakan juga hasil jualan permainan-permainan yang diterbitkan oleh Sony sendiri melalui koleksi Intellectual Property-nya (IP) seperti God of War, The Last of Us, Uncharted, Death Stranding, Horizon Zero Dawn, dan Spider-Man.

3. Apple

Jualan dari segmen permainan video pada suku ketiga
2019:

USD2.9
bilion

Eh? Apple jual gamekah? Ya, itu juga persoalan yang bermain di fikiran penulis. Penulis sendiri terlupa bahawa terdapat beratus ribu game third-party (bukan diterbitkan oleh Apple sendiri) di App Store.

Tidak hairanlah, kerana kenaikan mobile gaming secara mendadak telah meletakkan Apple sebagai antara penyedia khidmat gaming terbesar di dunia. Setiap kali pemain membeli sesuatu dalam mobile game, Apple mendapat sedikit hasil jualan dari transaksi tersebut.

Mungkin nampak sedikit, tapi jika dikira berapa bilion transaksi yang dilakukan oleh pemilik-pemilik iPhone di seluruh dunia, jumlah keseluruhannya boleh jadi besar dalam sekelip mata.

4. Microsoft

Jualan dari segmen permainan video pada suku ketiga
2019:

USD2.2
bilion

Microsoft, seperti Sony, menjana pendapatan melalui jualan konsol dan game. Microsoft dan Sony sudah berperang sesama sendiri sekian lama kerana konsol Xbox milik Microsoft belum berjaya menguasai pasaran yang didominasi oleh PlayStation.

Namun, Microsoft tetap berjaya menjadi antara syarikat gergasi permainan video dengan hasil jualan konsol Xbox, langganan Xbox Live, permainan video dari IP sendiri dan juga royalti dari permainan video terbitan third-party.

5. Google/Alphabet

Jualan dari segmen permainan video pada suku ketiga
2019:

USD1.9
bilion

Google, seperti Apple, merupakan penyedia platform Google Play untuk aplikasi third-party, termasuk aplikasi permainan video. Namun, Google tidak mempunyai kadar monetisasi (menjana wang dari servis) setinggi Apple walaupun mempunyai angka app download yang lebih tinggi.

Secara spesifik, App Store hanya mempunyai mobile gaming download sebanyak 2.4 bilion namun menjana hasil yang lebih tinggi dari Google yang mempunyai sebanyak 8.7 bilion app download.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.



Source link