Artikel Terkini

5 Sebab Korang Mesti Datang ke Seminar Berani Melabur


Tak puas hati dengan pulangan yang diberikan oleh institusi-institusi besar tahun 2019 yang lalu?

Persoalannya adalah, “Berani tak untuk belajar ilmu yang boleh mendatangkan pulangan yang lebih tinggi?”

Orang kata dalam pelaburan kita perlukan modal, tapi modal yang paling power adalah ilmu.

Kita biasa dengar, “High risk, high return”. Tapi adakah kita berani untuk ‘rugi’ sedikit, demi keuntungan yang lebih besar pada masa hadapan?

Cakap banyak tak guna. ‘Membawang’ banyak-banyak pun tak
guna.

Tahun 2020 adalah tahun kita semua kena bangkit. Dah tiba
masanya kita yang menentukan banyak mana keuntungan yang kita nak.

Tak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk laburkan
duit kita. Kita punya duit, kita labur sendiri.

Dan mulakan tahun ini dengan menceburi ilmu pelaburan saham dengan datang ke Seminar Berani Melabur! 2020. Sesuai sangat untuk korang yang beginner.

Dan inilah sebabnya korang kena datang:

1. Belajar Live Dari Mentor Yang Diiktiraf

Siapa yang tak kenal dengan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad?
Beliau memang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan saham tanah air.

Tuan Haji Mohd Asri merupakan pemenang Anugerah Pelajar
Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian
melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga
merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts
(MSTA), Certified Financial Technician (CFTe), USA.

Beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018. Beliau turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima anugerah The 100 Most Influencial Young Entrepreneurs 2019. Terkini akademi latihan beliau telah diiktiraf sebagai Premium Top 10 Investment Training Academy 2019 dan Shariah Investment Training Excellence 2019 dari SME & Entrepreneurship Business Awards 2019.

Tuan Haji Mohd Asri turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang pasaran saham seperti TV3, TV1, TV9, Astro Awani, TV Al Hijrah, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia. Selain itu, beliau turut terlibat dalam sebuah travelog ‘Berani Bangkit’ yang bersiaran di Astro Oasis.

Berdasarkan pengalaman beliau yang lebih dari 23 tahun dalam
dunia pelaburan saham, menjadikan beliau salah seorang speaker utama dalam
pelbagai program anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

2. Dua Hari Yang Sarat Dengan Maklumat

Sepanjang dua hari Berani Melabur! 2020 ni, banyak ilmu yang akan dikongsikan. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan, semuanya pasti akan memberi manfaat yang besar kepada kita yang hadir.

Di antaranya, kita ada:

  • Minda Seorang Pelabur Berjaya
  • Teknik & Strategi Pelaburan Terbaik
  • Bagaimana Teknologi Membantu Membuat Keputusan
    Dalam Pelaburan Saham
  • Instrumen Pelaburan Yang Perlu Dijauhi Umat
    Islam
  • Lelaki & Wanita Seksi Ada Pelaburan Sendiri
  • Bagaimana Memilih ‘Winning Stock’

Wow, bukan semata-mata pasal saham saja. Kita ada sesi berkenaan mindset, teknik dan strategi, teknologi terkini, halal haram dalam pelaburan dan banyak lagi.

Biasanya topik yang orang tunggu adalah bagaimana memilih saham syarikat yang baik di Bursa Malaysia sama ada untuk pelaburan long term atau short term.

3. Dibarisi Speaker-Speaker Yang Terkenal

Topik dah menarik, speaker yang akan menyampaikan juga adalah mereka yang terkenal dan berwibawa. Katanya kita ada:

Datuk Dr. Mohd Daud
Bakar

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors, sebuah
firma penasihat Syariah terkemuka di dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
dan banyak lagi.

Ustaz Zaharuddin Abd
Rahman

Seorang tokoh perbankan Islam dan pendakwah, beliau sering
dirujuk untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai bidang muamalat di
Malaysia.

Dr. Azizul Azli Ahmad

Kalau anda dalam bidang hartanah, pastinya kenal dengan Dr.
Azizul ni. Beliau merupakan seorang pensyarah, penulis buku, dan speaker dalam
topik kewangan dan pelaburan. Gaya beliau yang menyampaikan ilmu dalam bentuk
santai dan mudah untuk difahami, patutlah beliau ada lebih daripada 200,000
follower di Facebook.

Jazli Izzuddin
Jamaludin

Anak didik Tuan Haji Mohd Asri, Tuan Jazli atau lebih mesra dengan panggilan Jaz kini menurut jejak langkah mentor beliau dengan mendalami ilmu berkenaan pelaburan saham dengan menjadi seorang Certified Chartist. Dulu beliau seorang jututera, kini Jaz adalah salah seorang coach Asri Ahmad Academy dan seorang pedagang saham sepenuh masa.

4. Sesi Workshop Hands On dan Live Trade

Yang paling bestnya, hari kedua Berani Melabur! 2020 ni akan ada sesi Workshop dan Live Trade. Kalau hari pertama kita dah belajar teori, kini kita dapat tengok depan mata apa yang dibuat oleh mereka setiap hari bila pasaran saham dibuka.

Sebab itulah tiada istilah Monday Blues bagi mereka yang terlibat dalam pelaburan saham ni. Kalau boleh, hari Sabtu dan Ahad pun nak ‘kerja’.

Kita akan tengok sendiri depan mata bagaimana skrin akan berkelip-kelip, kejap kuning, kejap hijau, kejap merah. Dan bagaimana cara untuk buat duit dan meraih keuntungan, semuanya secara langsung.

Ambil tahu tools yang digunakan, teknik yang dipakai dan langkah-langkah yang dilakukan untuk menjana profit. Orang kata kalau kita nak berjaya, kena follow orang yang dah berjaya. Apa lagi, ikut sajalah apa yang mereka buat.

Bukan Bursa Malaysia saja, kita akan tengok pasaran global dan juga FPCO (Pasaran Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit). Yang penting, semuanya sah dan patuh Syariah.

5. Boleh Buka Akaun CDS Percuma

Untuk jual beli saham dekat Bursa Malaysia, korang perlu buka satu akaun CDS (central depository system) terlebih dahulu. Hanya selepas buka akaun ini barulah boleh membeli dan menjual lebih 696 saham syarikat patuh syariah yang tersenarai dekat Bursa Malaysia.

Jadi kalau korang datang seminar ni, boleh buka akaun CDS ni secara percuma! Tak perlu susah payah nak kena pergi ke Bank Pelaburan / Syarikat Broker.

Tahun Baru, Buatlah Pembaharuan

Nak belajar kembangkan duit untuk

1) Bagi lebih banyak zakat?
2) Topup duit pencen?
3) Kerja tanpa punch card?
4) Beli rumah?
5) Tunaikan Haji?

Sempena tahun baru 2020 ni, ayuh kita bangkit bersama-sama. Tanamkan azam untuk menambah ilmu kewangan dan pelaburan, dan jom beramai-ramai kita ke Berani Melabur! 2020. Ini adalah program EKSKLUSIF yang DIIKTIRAF oleh Bursa Malaysia-i dengan kerjasama RHB Investment Bank.

Lagi cepat kita belajar, Insya-Allah lagi cepat kita dapat merasai peluang gandakan wang secara sah dan patuh syariah.

Giliran anda pula selepas ini.

Daftar sekarang dan kita jumpa di Berani Melabur! 2020



Source link