Artikel Terkini

5 Spesies Kelapa Cantik Untuk Tanaman Indoor


Indoorplant, kehadirannya di dalam kediaman memberi impak yang sangat positif. Antara tanaman yang sering menjadi pilihan adalah seperti money plant, lidah mak mertua, pokok ara dan lain-lain. Namun, ramai yang tak tahu ada beberapa jenis pokok kelapa yang ssesuai untuk dijadikan sebagai indoor plant. Tambahan, tanaman jenis palma ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Antaranya adalah:

1. Kelapa Kuning

Nama Botani: Dypsis lutescens
Nama lain: Golden cane palm, Areca palm

Menurut NASA, kelapa kuning berupaya menyingkirkan kandungan tiksik di dalam udara seperti formaldehyde, xylene, dan toluene. Kendian pokok ini boleh mencapai ketinggian antara 4-12 kaki dengan bukaan pelepah antara 3-5 kaki. Namun, untuk indoor anda digalakkan menanam di dalam pasu bersaiz sedarhana untuk mengawal tumbesaran.

2. Kelapa parlor

Nama botani: Chamaedorea elegans
Nama lain: Neanthe Bella Palm

Palma yang mempunyai texture yang halus ini sangat popular disebabkan saiznya yang kecil dan sifatnya yang cepat beradaptasi dengan persekitaran. Jika kediaman anda tidak menerima pancaran matahari terus, penggunaan cahaya lampu sudah memadai untuk tanaman ini. Ketinggian matang palma ini boleh mencecah 2-6 kaki bergantung keapda persekitaran

3. Poneytail palm

Nama botani: Beaucarnea recurvata
Nama lain: Elephant’s Foot Palm, Bottle Palm

Palma yang dikategorikan sebagai tanaman ornamental ini sebenarnya sejenis sekulen. Pelepah daun dan kombinasi batang pokok yang unik memberi nilainya yang tersendiri. Palma ini antara tanaman yang berasal dari kawasan gurun. Ini bermakna ia tidak memerlukan siraman yang kerap.

4. Kelapa Ekor Ikan

Nama botanikal: Caryota mitis
Nama lain: Fishtail Palm, Clustering Fishtail Palm, Clumping Fishtail Palm

Namanya di beri berdasarkan bentuk daunnya seperti ekor ikan. Palma ini dari jenis yang mempunyai tumbesaran yang sangat perlahan. Habitat ideal tanaman ini adalah di kawasan yang mempunyai suhu 60F dan medium tanamanya perlu sentiasa lembap. Sebab itu tanaman ini susai di letakkan di dalam bilik air atau ruang mencuci

5. Kelapa palas

Nama botani: Licuala grandis
Nama lain: Vanuatu Fan Palm

Bentuk pelapah daunnya seperti kipas memberi keunikkan dan menjadikan tanaman ini kelihatan elegen. Untuk tanaman indoor, ia hanya boleh mencecah ketinggian 4-6 kaki. Walaupun ia tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi, palma palas ini ideal di kawasan yang mempunyai kelembapan dan tidak memerlukan cahaya matahari terik



Source link