Uncategorized

50,000 Pelanggan Bitpoint Japan Hilang ¥3.02 Bilion Yen Akibat Kena Godam


Pengendali tukaran mata wang kripto Bitpoint Japan Co. berkata, hampir separuh daripada 110,000 pelanggannya telah digodam dan sebanyak ¥3.02 bilion Yen (RM114.71 juta) telah dicuri.

Presiden Bitpoint Japan iaitu Genki Oda membuat permohonan maaf terbuka pada sebuah sidang akhbar di Tokyo dan berjanji untuk mendapatkan semula aset-aset yang dicuri.

Kredit Gambar: Japan Times

Daripada jumlah ¥3.02 bilion Yen yang hilang itu, sebanyak ¥2.06 bilion Yen adalah milik pelanggan, manakala ¥960 juta Yen pula disimpan dalam deposit syarikat. Jumlah kecurian adalah sebanyak 13% daripada jumlah wang digital yang diamanahkan kepada Bitpoint.

Presiden Genki Oda tidak akan meletakkan jawatan, sebaliknya akan menyiasat bagaimana aset tersebut dicuri dengan bantuan pakar.

Bitpoint Japan yang ditubuhkan pada tahun 2016, adalah satu daripada enam pengendali tukaran mata wang kripto yang diarah oleh pihak berkuasa untuk memperbaiki kawalan keselamatan, termasuklah pengurusan aset pelanggan.

Sumber Rujukan: Japan Times

Baru saja tahun lepas, Coincheck Jepun kerugian $533 juta US Dolar akibat kena hack. Tahun 2017 pula, NiceHash kerugian $64 juta US Dolar akibat digodam.

Komen

komen





Source link