Uncategorized

6 Cara Siti Khadijah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi


Jika ditanya mengenai idola atau tokoh perniagaan wanita yang saya sanjungi, sudah pasti Saidatina Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid adalah orangnya.  Baginda adalah wanita Arab yang berjaya dalam perniagaan biar pun pada ketika itu masyarakat Arab memandang rendah terhadap kaum wanita. 

Siti Khadijah R.A. sangat dikenali dengan kekayaan dan kemuliaan hatinya yang sanggup meminjamkan sebahagian hartanya untuk modal perniagaan bagi sebilangan masyarakat Arab ketika itu. Kisah perniagaan Siti Khadijah ini turut disaksikan oleh Rasulullah SAW yang juga pernah bekerja di bawah beliau.

Terdapat banyak perkara tentang cara Siti Khadijah berniaga yang boleh kita contohi pada zaman moden ini. Kebanyakannya boleh kita laksanakan dengan mudah, kita cuma perlu istiqomah dan ambil tindakan!

1. Konsep Mudarabah

Konsep Mudarabah adalah sejenis urusan atau perniagaan yang melibatkan orang lain serta bekerjasama dengan mereka bagi meningkatkan keuntungan. Keuntungan tersebut kemudiannya dibahagi-bahagi.

Ini dapat memupuk sifat keusahawanan di kalangan anak muda. Dengan adanya kerjasama seperti ini, sudah pastinya kita akan dapat manfaat untuk diri sendiri dan masyarakat.

2. Konsep Empowerment

Siti Khadijah mengamalkan konsep empowerment dengan memberi kebebasan pekerjanya berfikir, bertindak serta memberi pendapat tentang kerja yang mereka lakukan. 

Sebagai contoh kita hendaklah tidak mengamalkan autokrasi atau terlalu bossy dengan pekerja, sebaliknya dengarlah pendapat pekerja dan ambil tindakan yang sewajarnya.

3. Amalan Pengurusan Cekap

Amalam pengurusan yang cekap adalah faktor kejayaan Siti Khadijah boleh kita contohi. Bagaimana untuk menjadikan perniagaan lebih cekap?

Ia harus bermula dengan perancangan yang rapi. Siti Khadijah R.A. sentiasa memikirkan  masalah dalam perniagaan dan penyelesaiannya, serta akibat yang bakal timbul. Oleh itu, amalan pengurusannya sentiasa cekap untuk menghalang terjadinya masalah.

4. Etika Pekerja

Etika dan ciri-ciri pekerja banyak membantu menaikkan lagi perniagaannya. Pekerja berkualiti yang mengamalkan etika kerja dengan baik seperti menghormati orang lain, saling bantu-membantu, tidak menindas pelanggan, sopan dan lain-lain lagi adalah contoh yang harus ada dalam syarikat kita.

Yang lebih penting lagi, pastikan pekerja kita memelihara solat lima waktu mereka, lebih-lebih lagi solat di awal waktu.

5. Amalan Nilai Agama

Siti Khadijah mengamalkan nilai-nilai agama dalam perniagaannya.  Kata Abdul Hamid Jaudah al-Sahhar, Siti Khadijah percaya nilai agamanya mempengaruhi perniagaannya juga.  Beliau suka bertawaf di Baitullah bagi memohon keberkatan Allah untuk perniagaannya.

Beliau juga sering bersedekah. Malah, beliau berniat untuk sedekah semua harta benda malah tulang-belulangnya untuk dijadikan rakit jika Rasulullah SAW perlukannya. Sungguh menakjubkan.

6. Bijak Mengurus Harta

Salah satu contoh cara Siti Khadijah berniaga yang boleh kita contohi adalah dengan bijak mengurus harta. Beliau menggunakan hartanya untuk dijadikan modal bagi mengembangkan perniagaannya sehingga mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Akhir kata, Siti Khadijah cukup senang untuk berkomunikasi dengan masyarakat Arab ketika itu. Dengan adanya komunikasi yang baik, ramai yang menyenangi Siti Khadijah dan menjadikannya sebagai rakan perniagaan dan contoh yang baik.

Sumber RujukanIrfan Khairi

Komen

komen





Source link