Uncategorized

6 Hartanah Paling Mahal di Kuala Lumpur


Photo by Deva Darshan on Unsplash

Berdasarkan hasil
penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah Tahun 2019
oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), golongan yang mempunyai pendapatan isi
rumah bermula RM13,148 mampu dikategorikan sebagai T20.

Jika anda adalah
dalam kategori 1% daripada sistem sosio ekonomi di Malaysia, anda
berkemungkinan layak untuk membeli hartanah utama sekitar bandaraya Kuala
Lumpur ini yang dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit untuk satu unit
sahaja.

Dengan fasiliti mewah seperti kolam renang, swimming pool, gimnasium, cafe dan pelbagai fasiliti lain, senarai hartanah ini menjadi tumpuan kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang sangat strategik.

“Kebanyakan unit hartanah yang mahal berada di sekitar
KLCC.”

Untuk kali ini,
kami kongsikan anda senarai hartanah termahal di Kuala Lumpur mengikut harga
keluasan kaki persegi.

 1. Four Seasons Place, KLCC

Dengan harga median
RM3,100 untuk satu kaki persegi,
hartanah ini yang terletak bersebelahan dengan KLCC menjadi hartanah termahal
di Kuala Lumpur.

Harga jualan
bermula RM5.5 juta sehingga RM25 juta
untuk satu unit bergantung kepada keluasan unit tersebut.

Bangunan 65 tingkat
dan 240 unit ini dibangunkan sepenuhnya oleh Venus Assets Sdn Bhd dan mempunyai
kadar median hasil keuntungan sewa sebanyak 3.6%.

Rujuk Info : Four Seasons Place, KLCC

2. Banyan Tree Signature, Pavilion

Harga median untuk hartanah ini adalah RM2,424 untuk satu kaki persegi dan
terletak di Jalan Conlay berhadapan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Hartanah jenis servis residen ini dijual pada
harga sekitar RM2.9 juta sehingga RM4.5
juta
seunit bergantung kepada keluasan unit tersebut.

Kadar sewaan adalah sekitar RM6,000 sehingga RM8,000 dan mampu
menjana untung hasil sewa sehingga 3.25%.

Rujuk Info : Banyan Tree Signature, Pavilion

3. Binjai On The Park

Hartanah jenis
apartment ini dibangunkan oleh Layar Intan Sdn Bhd dan siap pada tahun 2009 dan
mempunyai 171 unit dengan ketinggian 45 tingkat.

Berada dalam
lingkungan persiaran KLCC, menjadikan harga median satu kaki persegi bagi unit
ini adalah RM2,357!

Harga yang dijual
sekitar RM5.5 juta sehingga RM15 juta bergantung
kepada saiz unit tersebut. Sewaan bulanan pula adalah sekitar RM15,000 dengan untung hasil sewa mampu
mencecah 3.23%.

Rujuk Info : Binjai On The Park

4. Vipod Suites, KLCC

Hartanah jenis
servis residen ini yang siap pada tahun 2013 berada dalam jarak 7 minit
berjalan kaki ke KLCC. Dengan ketinggian 41 tingkat dan menampung 440 unit,
harga median untuk satu kaki persegi adalah RM1,890!

Jika anda berminat
untuk membeli unit ini, anda berkemungkinan sekitar RM1.4 juta sehingga RM2.1 juta untuk kediaman ini.

Kadar sewaan pula
adalah sekitar RM5,000 dengan kadar untung hasil sewa adalah sekitar 3.33%.

5. Ramada (One @ Bukit Ceylon)

Servis residen ini
menjadi pilihan ramai pelancong dari luar negara sebagai destinasi Airbnb
kerana fasilitinya sebagai sebuah servis residen.

Harga median satu
kaki persegi adalah RM1,788, menjadikannya
berharga RM480.000 sehingga RM550,000
untuk harga jualan. Akan tetapi keluasannya adalah sekitar 411kaki persegi
sehingga 453 kaki persegi sahaja.

Harga sewaan seunit
adalah RM2,350 sebulan menjelaskan
punca kediaman ini menjadi tarikan pelancong untuk menyewa.

Untung hasil sewa
adalah pada 5.13% menjadikannya
hartanah yang berbaloi untuk dibeli atas kapasiti pelaburan jangka panjang.

Rujuk Info : Ramada (One @ Bukit Ceylon)

6. Platinum Suites (The Face Suites)

Hartanah jenis servis residen dengan
ketinggian 51 tingkat berserta 733 unit ini dibangunkan oleh Platinum Victory
Sdn Bhd pada tahun 2015.

Dengan keluasan 850 kaki persegi sehingga 1,500 kaki persegi, harga median bagi
satu unit kaki persegi bagi kediaman ini adalah RM1,719.

Antara fasiliti yang terdapat di kediaman ini
adalah kolam renang, gimnasium, pasaraya mini dan cafe.

Jika anda berminat untuk memiliki kediaman
ini, harganya sekitar RM 1.2 juta
sehingga RM1.5 juta
bergantung kepada keluasan binaan unit.

Sewaan bulanannya pula adalah sekitar RM5,500 dan mampu menjana untung hasil
sewa sebanyak 4.4%.

Rujuk Info : Platinum Suites (The Face Suites)

Pemaju – pemaju yang membangunkan hartanah mewah ini mempunyai sasaran segmen pembeli yang berbeza. Kebanyakannya adalah atas kapasiti pelaburan jangka panjang.

Harapnya pembeli mahupun penyewa hartanah-hartanah mewah ni bayar cukai jugalah macam kita rakyat biasa ni. Encik LHDN cuba tengok ya, terima kasih.

Sumber Rujukan: RED ANGPOW

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link