Artikel Terkini

6 Perkara Yang Saya Dapat Daripada Business Foresight Forum (BFF) 2019


Alhamdulillah, kami di Majalah Labur berpeluang untuk
menyertai acara yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation
(SIDC), iaitu Business Foresight Forum (BFF) 2019. Bertemakan ‘New Business
Directions 2025 – Catalysts for Change’, ianya telah berlangsung pada 19
September 2019 yang lalu bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit
Kiara.

Banyak sebenarnya pengalaman yang ingin dikongsikan, banyak
juga orang penting dan terkenal yang dapat kami jumpa. Dan berikut merupakan 6
perkara yang kami dapat sepanjang kami di BFF 2019 tersebut.

1. Ekonomi Malaysia Berada Di Landasan Yang Betul

Ada orang kata ekonomi Malaysia lemah, ekonomi Malaysia
sedang jatuh. Namun selepas kami dengar sendiri penjelasan dan data-data yang
dibentangkan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); kami rasa amat bersyukur sekali.

Ini kerana Malaysia tidaklah seteruk negara serantau yang
lain, malah Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat baik. Samada daripada
segi pertumbuhan negara, eksport, import dan bermacam-macam lagi.

Malaysia juga mempunyai asas ekonomi yang kukuh, dan mampu
untuk berdepan dengan perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China,
serta krisis ekonomi yang dikatakan bakal tiba.

2. Banyak Projek Mega Yang Dirancang Untuk Negara

Profesor Edmund Terence Gomez menerusi presentation beliau, telah membuat kajian yang mendalam mengenai projek-projek mega yang sedang dan akan berjalan di Malaysia. Kalau sebelum ini, banyak projek melibatkan kerajaan Malaysia dan kerajaan China secara langsung yang melibatkan kos yang besar – namun kebanyakannya telah dibuat rundingan semula agar tidak membebankan negara.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara membangun yang memerlukan projek mega terutamanya dalam bidang
infrastruktur dan pembangunan, namun kita juga perlu beri tumpuan kepada
industri teknologi dan automasi; yang bakal menjadi tunjang pada masa akan
datang.

3. Isu Luar Negara Tak Beri Kesan Besar Kepada Negara

Kita dengar sendiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain,
H.E. Charles Hay dan Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Richard Record memberikan
pandangan mereka berkenaan isu Brexit, perang perdagangan di antara Amerika
Syarikat dan China, dan bermacam-macam lagi.

Namun, kedua-dua pakar ini bersetuju bahawa isu-isu luar
negara ini tidak memberi kesan yang besar kepada Malaysia. Kalau ada pun hanya
sedikit, dan kita di antara negara serantau yang lebih bernasib baik.

4. Lebih Berhati-Hari Di Ruang Siber dan Sesi Hacking Secara ‘Live’

Di zaman internet ni, kita perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan atas talian. Orang boleh buat apa saja jika kita tidak berhati-hati. Nak akses emel kita? Nak godam akaun media sosial kita? Nak korek kata laluan kita? Semuanya boleh, jika kita tidak ambil langkah yang sewajarnya.

Kami juga dapat menyaksikan depan mata, bagaimana penggodam
antarabangsa, Magda Lilia Chelly daripada Responsible Cyber Singapore yang
menunjukkan aksi hacking beliau secara langsung di atas pentas. Memang
menakutkan apa yang beliau boleh lakukan.

5. Dapat Dengar Kisah Inspirasi, Ada Yang Menyayat Hati

Ramai betul tokoh-tokoh yang berkongsi kisah mereka, kita
dengar sendiri daripada Boost E-Wallet, Time dot Com, Fave dan empat anak muda
yang tersenarai dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’; iaitu Melvin Poh, Cheong Jin
Xi, Kendrick Wong dan Alex Patel.

Ada suka, ada duka, semuanya boleh dijadikan inspirasi dan
pedoman dalam hidup kita. Semua ini sangat berharga, dan sesungguhnya
pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita kena lalui sendiri
cabaran dan liku-liku kehidupan, baru dapat menjadi orang yang berjaya satu
hari nanti.

6. Networking Dengan Lebih Daripada 300 Orang Delegasi

Yang terakhir sekali, kami berpeluang untuk berjumpa dengan
ramai delegasi yang hadir. Rata-rata mereka yang hadir ke BFF 2019 adalah
mereka yang dahagakan ilmu dan mencari sumber inspirasi.

Bukan calang-calang orang akan datang ke acara seperti ini,
jadi rebut peluang untuk berkenalan dengan seramai yang mungkin.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pihak SIDC yang
menganjurkan BFF 2019 dengan jayanya. Panjang umur, kita jumpa lagi tahun
depan.

Bagi mereka yang terlepas untuk menghadirkan diri ke BFF
2019 tempoh hari, jangan risau. Anda masih berpeluang untuk bersama-sama mereka
dengan melanggan Video on Demand serendah RM90.

Langgan sekarang di https://www.ticket2u.com.my/event/14790/business-foresight-forum-(bff)-2019-(live-streaming).

Langgan segera, kena promosi ini akan tamat pada 3 Oktober 2019.

Komen

komen





Source link