Uncategorized

6 Rutin Kebanyakan Bilionaire Yang Boleh Kita Contohi

6 Rutin Kebanyakan Bilionaire Yang Boleh Kita Contohi 1


Untuk menggapai kejayaan itu bukanlah mudah, tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil. Seperti yang kita ketahui, hampir kesemua billionaire di dunia ini bermula daripada kosong. Jadi menjadi persoalan bagaimana mereka semua boleh berjaya?

Mungkin kita boleh cuba rutin harian yang dilakukan oleh para bilionaire dunia seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg, Richard Branson, Warren Buffett, Oprah Winfrey, Elon Musk dan ramai lagi seperti di bawah.

1. Bahan Bacaan Yang Tidak Berkaitan Dengan Kerjaya

Membaca dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Kita juga dapat mempelajari serta memahami sesuatu isu itu daripada sudut yang berbeza. Jadi untuk menjadi orang yang berjaya kita perlulah banyak membaca.

Jangan terhadkan bahan bacaan kita kepada satu genre sahaja. Sebagai contoh, Elon Musk banyak membaca buku biografi dan juga sains fiksyen. Disebabkan itu, beliau mempunyai matlamat serta hala tuju untuk memajukan bidang sains terutamanya sains angkasa.

2. Cabar Kemampuan Diri

Buat sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini. Cabar diri untuk lakukan perkara yang anda takuti atau rasa sukar untuk dilakukan. Keluarlah daripada zon selesa.

Sebagai contoh, jika kita kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, cuba bertutur menggunakan bahasa tersebut dengan rakan-rakan di sekeliling. Ini sekaligus dapat memajukan diri serta meningkatkan lagi keyakinan diri.

3. Bersenam

6 Rutin Kebanyakan Bilionaire Yang Boleh Kita Contohi 2

Kalau kita perhatikan kebanyakkan jutawan seperti Oprah Winfrey, Sheryl Sandberg dan Richard Branson, mereka mempunyai satu persamaan. Aktiviti bersenam dijadikan sebagai rutin harian mereka. Seperti yang kita tahu, bersenam memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan serta dapat membuatkan seseorang itu lebih fokus.

Jadi, jika kita ingin fokus dalam pekerjaan, bolehlah cuba untuk melakukan aktiviti senaman setiap hari

4. Bersedekah

Bagi orang Islam, bersedekah bukan sahaja dapat mengumpul pahala, tetapi ianya juga dapat menyucikan harta dan jiwa. Jangan lokek untuk bersedekah. Para bilionaire dunia seperti Bill Gates dan Warren Buffett juga banyak menyumbangkan harta mereka untuk tujuan amal.

Jadi apa alasan kita untuk tidak memberi? Lagi banyak kita beri, lagi banyak yang kita akan perolehi.

5. Ingat Siapa Pesaing Anda

Kadang-kadang, pesaing atau pun haters dapat dijadikan sebagai sumber motivasi untuk berjaya. Setiap kali teringatkan kecaman mereka yang memandang rendah kepada kebolehan kita, jadikan ianya pembakar semangan untuk berusaha lebih kuat lagi.

Buktikan bahawa kita boleh kerjaya, nescaya ini dapat menutup mulut orang ramai yang sangsi dengan kebolehan dan kemampuan kita.

6. Aktiviti Berjalan

6 Rutin Kebanyakan Bilionaire Yang Boleh Kita Contohi 3

Apa kata tinggalkan sebentar telefon pintar dan ambil masa untuk berjalan. Pengasas dan juga CEO Twitter iaitu Jack Dorsey berjalan kaki sebanyak 5 batu setiap hari untuk ke tempat kerja! Menurut beliau, aktiviti berjalan membolehkan beliau lebih tajam dalam berfikir dan membuat keputusan.

Malah ada juga yang mengadakan mesyuarat sambil berjalan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/03/06/bill-gates-warren-buffett-google-ceos-and-billionaires-do-these-6-things-every-day-to-be-successful.html

Buat Lain Daripada Yang Lain

Bagaimana? Tak susah pun bukan? Kita boleh cuba untuk mengamalkan gaya hidup yang mereka lakukan seperti di atas. InsyaAllah, satu hari nanti kita pun akan berjaya seperti mereka.

6 Rutin Kebanyakan Bilionaire Yang Boleh Kita Contohi 4

Komen

komen





Source link