Uncategorized

6 Tips Percutian Bajet Bagi Mereka Yang Suka Buat Keputusan Last Minute


Siapa yang tak suka kalau dapat bercuti dan berjalan-jalan kan? Boleh rehat-rehatkan badan dan minda sambil menikmati suasana baru.

Tapi, selalunya kalau nak pergi bercuti ni, mesti nak pakai banyak duit kan? Tak semestinya, jom kita tengok beberapa tips bagi mereka yang suka buat keputusan last minute ni.

1. Planning Dan Bajet

Jangan risau, walaupun kita buat keputusan di saat akhir untuk pergi bercuti, kita masih berpeluang untuk menjimatkan bajet perbelanjaan. Sekrang terdapat pelbagai kemudahan untuk anda merancang percutian bajet seperti AirAsia Go, lastminute.com, Trivago, Traveloka dan sebagainya.

Di laman-laman ini, kita berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun dan juga membandingkan harga tempat penginapan.

2. Destinasi Alternatif

Apa kata kali ini kita cipta kelainan dengan bercuti ke destinasi lain yang lebih mesra keluarga dan murah. Lupakan seketika destinasi yang crowded dengan pengunjung. Banyak lagi lokasi yang masih belum diterokai di negara ini.

Bagi yang dah berkeluarga, anak-anak pasti tak kisah ke mana kita akan bawa mereka. Janji mereka boleh keluar melihat tempat baru dan suasana baru.

3. Pergi Secara Berkumpulan

Bagi yang masih single pula, boleh mempertimbangkan untuk pergi secara berkumpulan dengan rakan-rakan. Ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan juga penginapan.

Percutian ini juga pasti lebih bermakna kerana dapat berkongsi pengalaman dengan sahabat handai.

4. Cari Lokasi Penginapan Yang Murah

Kalau kita nak pergi bercuti dalam kumpulan yang besar misalnya bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan, homestay merupakan pilihan terbaik. Tetapi kalau cuma bercuti seorang diri atau bersama pasangan, boleh pilih bilik hotel yang lebih murah.

Apa-apa pun jangan lupa untuk bandingkan harga melalui laman web yang tersedia.

5. Masak Sendiri/Bawa Bekal

Kebanyakan orang tentunya nak mengelak untuk masak semasa bercuti. Tetapi masak sendiri atau membawa bekal merupakan salah satu cara untuk berjimat, lebih-lebih lagi jika kita bercuti keluar negara di mana kadar tukaran wang asing adalah lebih tinggi.

Takut juga kalau kita makan benda yang tak biasa kita makan, nanti sakit perut masa tengah bercuti; spoil pula mood kita.

6. Bercuti Di Luar Musim

Ini merupakan salah satu alternatif untuk berjimat. Bercuti di waktu luar puncak, iaitu bukan pada cuti sekolah atau cuti hujung tahun, mampu memberikan kelebihan kepada kita untuk memlih tempat penginapan tanpa perlu risau bilik hotel akan penuh.

Selain daripada itu juga, harga bilik hotel pastinya lebih murah berbanding semasa cuti persekolahan.

Siapa kata untuk mendapatkan percutian yang hebat perlu mengeluarkan duit yang banyak? Kalau kita merancang percutian dengan bijak walaupun di saat akhir, tetap boleh jimat banyak duit.

Sumber Rujukan: Direct Lending

Nak lagi tips-tips yang best? Jemput baca:

Komen

komen





Source link