Artikel Terkini

7 Bahan Dapur Ni Mujarab Cegah Cicak Rumah


Kehadiran cicak di dalam kediaman bukan lah sesuatu yang comel. Sisa tinggalannya paling merimaskan. Silap-silap boleh kena sakit jantung sebab terperanjat tiba-tiba ia keluar tah dari celah mana.
Ini cara-cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi kehadiran cicak di dalam kediaman anda.

1. Guna kulit telur
Letak atau susun kulit telur yang telah dibersihkan di kawasan atau tempat yang berpotensi menjadi laluan cicak. Petua ini kerap digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Mungkin sebab cicak tak suka bau kapur yang terhasil dari kulit telur.
Seperti di masjid biru istanbul, memang agak sukar untuk membersihkan setiap inci ruang dalam masjid yang besar. Untuk mengatasi masalah najis cicak tersebut, kulit telur dihancurkan menjadi serbuk dan dicampur ke dalam cat.
Tapi kulit telur tersebut harus diganti dengan setiap bulan.

2. Serbuk kopi
Campurkan serbuk kopi bersama tembakau. Gaul rata. lebih mudah cincang sikit tembakau untuk memudahkan proses berikutnya.

Ambil batang mancis atau pencungkil gigi dan sapu kan sedikit gam. Lekatkan adunan kopi dan tembakau tadi pada bahagian yang telah dialiskan gam kemudian letak di dalam ruang yang menjadi rumah cicak seperti almari.

Nanti mati lah cicak tu kalau dah makan tembakau tadi. Kopi tu hanya nak menarik perhatian cicak sahaja.

3. Bawang
Perasan tak Orang Putih suke gantung bawang kat tingkap. Sebenar Nya selain untuk tujuan pengeringan, bawang merah dan bawang putih mampu mencegah cicak masuk rumah.
Cicak tak suka bau bawang terutamanya bawang putih. Selain digantung pada tingkap, boleh juga anda hasilkan pati bawang. Kisar bawang tersebut dan tapis kan. Sembur jusnya di kawasan laluan cicak. Cuma anda tahan atau tidak je lah bau bawang tu.

4. Lada hitam
Bancuh lada hitam bersama air suam dan biarkan dalam 1 jam. Kemudian ditapiskan dan masukkan air rendaman tadi kedalam botol penyembur.
Sembur air lada hitam tadi di kawasan laluan cicak. Ada juga yang sarankan campur dengan serbuk cili. Tapi IMPIANA khuatir bahaya kepada isi rumah anda pula tambahan serbuk cili tadi boleh meninggalkan kesan kotoran pada tempat yang disembur.

5. Perangkap gam
Perangkap gam atau paper trap paling mudah didapati. Selain kegunaannya untuk menangkap lalat, ia mampu memerangkap cicak.

Tampal paper trap pada bahagian lampu dan bucu siling. Kalau cicak lalu ia akan terperangkap dan anda lebih mudah membuang bangkai cicak yang telah melekat.

6. Air sejuk
Sembur air sejuk pada cicak. Tapi anda perlukan air yang betul-betul sejuk berais. Bila terkena air sejuk tersebut, ia akan melumpuhkan pergerakkan cicak.
Bila dah jatuh dan tak boleh gerak, apa lagi SMASH IT.

7. Sos Tabasco
Campur sos tabaso bersama air dan masukkan dalam botol penyembur. Sembur belakang almari dan rak. Jangan guna pada dinding ananti nampak kotor. Baunya yang tajam tak di gemari oleh serangga perosak di dalam rumah termasuk cicak dan tikus.



Source link