Artikel Terkini

7 Sumber Pendapatan Yang Boleh Kita Belajar Daripada Seorang Bilionaire


Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, semakin banyak perubahan yang berlaku dengan pantas. Untuk membuat duit atau menjana pendapatan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, kita pula bakal kehilangan duit dengan sekelip mata.

Jika kita lihat para jutawan yang terkenal, permulaan hidup mereka bukanlah seperti yang kita sangkakan. Ramai yang mula dari bawah dan hidup susah.

Mereka mengambil masa untuk naik dan bekerja keras untuk membina kekayaan. Dan salah satu sebab mengapa kebanyakan jutawan dan bilionare berjaya adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan.

“Never depend on a single income, make investment to create a second source”

Warren Buffett

Jadi mari kita lihat, 7 jenis sumber pendapatan yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi:

1. Pendapatan Dari Royalti

Pada tahun 1997 Jeff Bezos, memfailkan paten pembelian secara online terus ke pembayaran tanpa memasukan barang yang diminati ke dalam ‘Shopping Cart’. Pelanggan boleh terus tekan butang beli dan bayar dengan mudah, tiada orang membuatnya lagi sebelum itu.

Hampir 2 dekad Amazon membuat jutaan dolar dengan melesenkan paten ini kepada Apple.

Itulah sebabnya mengapa syarikat korporat mendokumenkan sebanyak paten walaupun mereka tidak memerlukannya, kerana ianya berkemungkinan menjadi sumber pendapatan tambahan.

Inilah yang dipanggil pendapatan pasif yang sebenarnya. Ini termasuklah juga royalti daripada buku, gambar, lagu, video dan banyak lagi.

2. Pendapatan Dari Capital Gain

Istilah capital gain ini sering digunakan sewaktu membeli aset seperti hartanah atau saham. Ianya bermaksud keuntungan di atas modal atau kenaikan nilai.

Konsepnya mudah, beli pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Di Malaysia, keuntungan di atas penjualan hartanah dikenakan cukai (Real Property Gain Tax atau RPGT), tetapi keuntungan daripada penjualan saham dikecualikan daripada cukai pendapatan.

3. Pendapatan Dividen

Seperti billionaire terkenal Warren Buffett mendapat dividen sebanyak $592 juta USD pada tahun 2017 dari Coca-Cola.

Konsepnya, beli sebahagian saham dalam syarikat sehingga mendatangkan keuntungan dan tunggu pulangan dividen. Sebagaimana yang seringkali dilakukan oleh ASB dan Tabung Haji.

Ini Senarai saham-saham yang memberi dividen yang tinggi pada tahun 2018.

4. Pendapatan Dari Pekerjaan

Gaji, bonus, elaun dan komisen merupakan sumber pendapatan yang biasa kita perolehi. Sebagaimana CEO Google iaitu Sundar Pichai yang mempunyai pendapatan gaji sekitar $650 ribu USD bersamaan dengan RM2,717,327 setahun. Di Malaysia, purata gaji seorang CEO adalah sebanyak RM308,000 seperti yang dicatatkan oleh PayScale.

Namun, kekurangan setiap manusia mempunyai had limitasi 24 jam sehari. Bezanya kebanyakan mereka yang berjaya ini mempunyai leverage yang orang lain tak tahu.

5. Pendapatan Sewaan

Cara ini popular di Malaysia. Konsepnya memiliki sesuatu dan menyewakan kepada mereka yang berkehendak untuk menggunakannya.

Pendapatan daripada sewaan dapat membantu kita untuk memperolehi pendapatan secara pasif.

Robert Kiyosaki merupakan salah seorang pakar dalam sumber pendapatan jenis ini, sebagaimana yang di kongsikan di dalam bukunya ‘Rich Dad Poor Dad’

Hartanah berbentuk rumah kediaman boleh dijadikan bilik sewa atau rumah sewa. Malah hartanah komersial pun boleh disewakan kepada para peniaga yang ingin ruang perniagaan.

6. Pendapatan Daripada Faedah (Interest)

Ini adalah salah satu sumber pendapatan mudah untuk dilakukan. Itulah sebab kadar faedah adalah lebih tinggi berbanding sumber pendapatan yang lain dan pulangannya sangat lumayan.

Konsep ini selalu digunakan oleh pihak bank. Bank meminjamkan wang kepada mereka yang memerlukan dan mengenakan kadar faedah (interest) ke atasnya.

7. Pendapatan Daripada Perniagaan

Sama ada menjual barangan atau memberi perkhidmatan. Pendapatan yang kita terima adalah hasil daripada menjalankan perniagaan. Terutama sekali di zaman serba moden, penjualan di atas talian lebih mudah dan berupaya memberi pulangan yang besar.

Walaupun demikian, kita perlu ingat bahawa setiap cabang pendapatan mempunyai risiko yang tersendiri, ianya bergantung pada tahap kemampuan dan ilmu seseorang.

Dengan memiliki pelbagai sumber pendapat sememangnya sangat bagus. Tetapi perlu kerja keras untuk beberapa ketika, akhirnya duit tu tak berhenti-henti masuk secara tanpa kita sedar.

Nakkan lagi inspirasi, jemput baca 7 tabiat orang kaya yang nampak miskin.



Source link