Artikel Terkini

90% diskaun sewa rumah waktu moratorium – Patut ke?


Ada orang tanya Tok

“Bank dah offer moratorium ni, macam mana saya nak minta diskaun sewa rumah daripada owner rumah saya,Tok?”

“Penyewa rumah saya minta diskaun sewa lah,Tok. Macam mana ni? Nak bagi ke tak, Tok?”

Untuk menjawab soalan ni, Tok nak kongsikan perkongsian padu daripada Tuan Faizul Ridzuan. Jemput hadamkan laju-laju.

Salam semua, ramai yang tanya saya apa nak buat bila penyewa minta diskaun sewa rumah mulai 1 April 2020. Ada yang mintak sewa free sebab dah tak perlu bayar loan kan?

Jadi dalam post ini saya nak bagi kita semua faham nombor sebenar supaya boleh dijadikan panduan untuk tuan rumah, dan penyewa

Faedah vs Principal

Sebagai peminjam / tuan rumah, bila kita bayar installment tiap tiap bulan, majoriti pembayaran kita adalah untuk bayar interest. In fact selagi loan kita lebih dari 15 tahun, lebih dari 50% dari apa yang kita bayar kepada bank tiap tiap bulan, adalah untuk bayaran faedah atau interest ni.

Sempena moratorium 6 bulan ni, faedah / interest ni tiada diskaun ya, kita masih kena bayar nanti.

Dalam contoh yang saya buat ni, nilai faedah EXTRA yang kita kena bayar nanti melebihi RM10k sebenarnya. Peminjam masih perlu bayar interest ni sebab kena accrue, so moratorium 6 bulan BUKAN percuma dan ada harganya!

Sumber gambar : FB Faizul Ridzuan
Sumber gambar : FB Faizul Ridzuan

Kos lain dalam pemilikan rumah

Selain dari interest atau faedah yang tuan rumah kena bayar tiap tiap bulan, ada lagi kos lain yang tuan rumah kena bayar. Cukai pintu, cukai taksiran , fee ejen hartanah, maintenance fee etc. Kalau kondo biasanya maintenance fee tak kurang dari RM200 sebulan.

Tu tak kira lagi kalau tersalah beli rumah. Bayar bank bulan bulan RM2500 tapi sewa baru RM1500. Tiap-tiap bulan negatif cashflow RM1000. Sebab ada moratorium ni baru lega sikit. But lepas 6 bulan mereka akan sambung balik kerugian ni.

Jadi apa yang penyewa boleh buat?

Cakap dan komunikasi elok-elok. Sebab diskaun sewaan rumah adalah hak tuan rumah 100% untuk beri atau tidak. Tuan rumah pun manusia, asalkan kitorang tak rugi dan dapat cover kos faedah, kitorang okay je.

Saya dah kongsikan jadual siap siap, kalau loan dia tinggal 15 tahun, anda minta diskaun 50% pun dia boleh pertimbangkan, terutamanya kalau anda terkesan sbb Covid19, dan pendapatan anda berkurang sebab takde bisnes atau kena potong gaji.

Cakap dan bincang elok elok, dan bukan minta seolah-olah benda tu hak kita. Sebab mungkin tuan rumah tu pun mungkin bakal kena buang kerja/potong gaji, dan dia perlu tinggikan savings dia, sebab moratorium ni cuma 6 bulan.

Tanggungjawab kita sebagai tuan rumah

Bantu mana yang patut, terutamanya kalau penyewa mmg terkesan teruk sebab COVID-19. Kita kena saling membantu, asalkan kita tak rugi dan boleh cover kos, kita bantu sehabis yang boleh. Memang ia hak anda untuk beri diskaun atau tidak, tapi Malaysia akan ada kegawatan ekonomi in the next 2-3 bulan. Yang kita boleh tolong, kita tolong, selagi kita mampu.

Apa yang saya sendiri buat kepada penyewa saya?

Saya dah mulakan Skim-Sengsara-Bersama (SSB) saya.

  • Kalau penyewa saya kena potong gaji 50%, saya akan bagi dia 50% diskaun sewa.
  • Kalau dia kena buang kerja, saya bagi dia duduk free 2-3 bulan.
  • Kalau dia tak kena potong gaji, saya pun takkan potong sewa.

Buat duit sama-sama, rugi pun sama-sama. Dan saya tak kisah rugi sebab saya mampu nak tanggung interest tu nanti. Saya anggap ni sebagai jariah saya bantu orang yang terkesan dari gawat ni nanti.

We are in this together, and we will get out of this together as well, InsyaAllah. Be kinder, and help out each other.

p/s : Share post ni supaya bagi kesedaran pada tuan rumah dan penyewa supaya mereka faham apa yang mereka perlu buat. Dan kalau nak belajar ilmu macam ni lagi, boleh masuk private group saya tu. FREE je.

Kepada sesiapa yang nak join group saya belajar, boleh klik link di bawah:

Faizul Ridzuan Private Group (FREE)

Tok suka dengan cadangan Tuan Faizul Ridzuan ni.

Sebagai penyewa, kalau korang terkesan dan ada masalah kewangan, bincanglah dengan tuan rumah elok-elok. InsyaAllah tuan rumah akan faham.

Bagi tuan rumah, selagi boleh bantu, kita bantu.

Tok doakan segala urusan korang dipermudahkan. Take care and stay strong, everyone.



Source link