Artikel Terkini

Acara CCW ke-21 TCCA Bakal Himpunkan Dunia Komunikasi Kritikal di Kuala Lumpur


LONDON, 16 Mei 2019 /PRNewswire/ — Critical Communications World (CCW), persidangan dan pameran terkemuka yang dikhususkan untuk menghubungkan golongan profesional dalam komunikasi kritikal, akan berlangsung mulai 18 – 20 Jun di Kuala Lumpur, dianjurkan oleh Sapura Group Malaysia. Pendaftaran acara ini kini dibuka.

Diterbitkan oleh TCCA, CCW ialah acara utama untuk semua pemegang kepentingan dalam komunikasi kritikal-misi dan kritikal-perniagaan yang inginkan akses yang tiada tandingan kepada kandungan berwibawa, dasar mutakhir, pandangan dan perisikan di samping kajian-kajian kes dunia sebenar dan nasihat amalan terbaik; digabungkan dengan inovasi teknologi yang terkini.

Acara tahun ini akan berlangsung di Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) buat julung kalinya. Acara selama tiga hari ini akan membawakan siri sesi penceramah ucaptama, kelas master dan perbincangan panel oleh pakar-pakar industri berserta teater pameran yang menonjolkan teknologi terkini dan terhebat.

CCW akan turut menganjurkan majlis penyampaian Anugerah Komunikasi Kritikal Antarabangsa (ICCA), kemuncak program yang diwujudkan bagi mengiktiraf dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pelaksanaan dalam komunikasi kritikal-misi. ICCA menonjolkan produk, perkhidmatan, organisasi dan individu yang menerobos sempadan keupayaan teknologi.

Sorotan utama program termasuk:

  • Sesi Ucaptama: Standard komunikasi kritikal menyokong persekitaran berbilang vendor dan saling beroperasi oleh Adrian Scrase, Ketua Pegawai Teknologi, ETSI & Ketua MCC, 3GPP
  • Sesi Ucaptama: Pengalaman dengan perkhidmatan baharu menerusi Nødnett, rangkaian TETRA seluruh negara di Norway oleh Nina Myren, Ketua Bahagian, Jabatan Komunikasi Keselamatan Awam, Direktorat Perlindungan Awam (DSB) Norway
  • Sesi Ucaptama: Rangkaian masa depan: “Kitalah rangkaiannya!” oleh Andreas Gegenfurtner, Presiden, Agensi Persekutuan Radio Digital Keselamatan Awam (BDBOS)
  • Kelas master: Pandangan terhadap komunikasi kritikal Malaysia dan APAC, dipengerusikan oleh Kevin Graham, Pengarah, Forum Komunikasi Kritikal Australasia. Kelas master: Ciri-ciri jalur lebar kritikal global, dipengerusikan oleh Tero Pesonen, Pengerusi, Critical Communications Broadband Group (CCBG), TCCA. PerbincanganPanel: Kemajuan dalam teknologi dan aplikasi AI untuk komunikasi kritikal, dipengerusikan oleh Barbara Held, Ketua Direktorat, Strategi dan Pengurusan Pusat, BDBOS, menerusi pelbagai ahli panel.

Sila lihat kelas master penuh dan jadual sesi di sini.

Tony Gray, Ketua Eksekutif TCCA, berkata: “Susulan kejayaan acara ulang tahun ke-20 kami di Berlin, kami tidak sabar-sabar untuk membawakan CCW 2019 di Malaysia dan menyediakan platform untuk organisasi-organisasi kritikal-misi serta kritikal-perniagaan untuk berkongsi pengetahuan serta idea yang dapat memangkinkan dan memacu inovasi dalam seluruh sektor komunikasi kritikal.”

Pendaftaran acara kini dibuka. Sila klik pautan untuk mendaftar.

Sumber: Critical Communications World (CCW)

Pautan Berkaitan:

Komen

komen





Source link