Artikel Terkini

Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

daan stevens yGUuMIqjIrU unsplash - Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

rumahibs logo black - Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

Coronavirus (CoV) atau lebih dikenali sebagai Covid-19 adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit, daripada selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV (sistem pernafasan timur tengah) dan SARS-CoV (sistem pernafasan akut teruk).

Setakat Jam 5 petang, 29 Mac 2020, kes positif Covid-19 di Malaysia telah mencecah 2470 orang dan 34 orang telah meninggal dunia, manakala 388 pesakit lagi telah disahkan sembuh.

Adakah Covid 19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah 700x967 - Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

Artikel ini akan cuba membincangkan persoalan berkaitan keabsahan wasiat atau hibah bagi seseorang pesakit yang terkena Covid-19.

Marad al-Maut : Penyakit Yang Tiada Harapan Sembuh

Dari sudut bahasa Marad bermaksud sakit atau penyakit,
manakala al-Maut pula adalah mati.

Jadi secara mudahnya marad al-maut boleh diertikan sebagai
penyakit yang pada kebiasaannya akan membawa kepada kematian si pesakit.

Terdapat tiga ciri-ciri penyakit yang boleh dikategorikan sebagai marad
al-maut
.

  1. Tak mampu untuk
    mengerjakan aktiviti harian atau memenuhi kemaslahatan diri sendiri.
  2. Perasaan takut
    kerana hampir kepada kematian.
  3. Berlaku
    kematian dalam tempoh tertentu.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin pula menyenaraikan secara
khusus dua belas contoh sakit marad al-maut di dalam bukunya ‘Panduan
Wakaf, Hibah dan Wasiat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’ seperti:

  1. Radang otak
  2. Radang selaput
    dada
  3. Sakit jantung
  4. Cirit-birit
    yang berpanjangan
  5. Keluar darah
    dari hidung secara terus menerus
  6. Permulaan
    lumpuh (stroke)
  7. Akhir dari
    penyakit Tuberculosis (TB);
  8. Demam yang
    berpanjangan
  9. Demam yang
    datang setiap empat hari
  10. Penyakit yang
    disaksikan oleh dua orang doktor muslim yang adil bahawa ia membimbangkan
  11. Orang yang
    berada di daerah yang sedang terjangkit penyakit taun
  12. Wanita yang
    mengalami sakit pada ketika melahirkan anak

Majoriti ahli-ahli fekah (jumhur) selain Syafi’iyyah berpandangan
tindakan pesakit yang dalam keadaan marad al-maut dalam urusan dunia
adalah tidak sah pada sisi hukum syarak.

Sebagai contoh, ketika dalam marad al-maut, lafaz talak,
wasiat atau hibah yang dilakukan adalah tidak sah dan tidak boleh dilaksana.

Ini kerana keadaan marad al-maut, minda pesakit terganggu dan tidak
dapat berfikir dengan logik dan waras.

Dalam keadaan ini, dikhuatiri keputusan dan tidakan pesakit
tersebut akan menzalimi waris.

Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Marad al-Maut?

Seperti yang telah diketahui umum, penyakit Covid-19 ini lebih memberi kesan terutama kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan mereka yang lebih berusia.

Kira-kira 80% kematian yang direkodkan adalah daripada golongan yang berumur 60 tahun dan 75% mempunyai keadaan penyakit kesihatan yang sedia ada termasuk penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Walaubagaimapun, menurut laporan daripada WHO, kadar kematian
adalah 4% dan mungkin lebih rendah.

Jadi bolehkah Covid-19 dikategorikan sebagai marad al-maut?

Saya secara peribadi berpendapat, penyakit ini bukanlah termasuk
dalam kategori marad al-maut kerana kadar kematian yang agak rendah
melainkan kepada pesakit yang sedia ada lemah imunisasinya disebabkan
penyakit-penyakit lain.

Hal ini disokong pula dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan pesakit Covid-19 yang berada di tahap empat dan lima (iaitu yang perlu dibantu dengan alat pernafasan) juga boleh dirawat serta dipulihkan di unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini, 45 mangsa dilaporkan berada di unit berkenaan dan kesemua mereka dalam keadaan stabil.

Jadi kesimpulannya, penyakit Covid-19 bukanlah satu penyakit yang
boleh membawa maut dengan kerana penyakit itu sendiri yang membawa makna marad
al-maut.

Jika pesakit Covid-19 membuat wasiat atau hibah, maka ianya masih diiktiraf dan sah tindakannya tersebut. Melainkan jika ada dua orang doktor muslim yang adil yang boleh mengesahkan bahawa pesakit tersebut berada dalam keadaan marad al-maut.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.

Ads 300x250 b2 - Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

rumahibs logo black - Adakah Covid-19 Termasuk Dalam Kategori Penyakit Yang Membawa Maut? Bolehkah Pesakit Membuat Wasiat Dan Hibah?

Source link