Artikel Terkini

Adam Khoo: Dulu Di Sekolah Dianggap Bodoh, Kini Bergelar Jutawan


Mesti terkejut dengan tajuk artikel ni kan? Kisah ini bakal memberi inspirasi kepada kita semua yang berasa berputus asa dan sedang mengalami kegagalan.

Untuk pengetahuan anda, Adam Khoo kini adalah seorang pelabur dan trainer yang terkenal di seluruh dunia.

Kisah Permulaan Adam Khoo

Beliau telah dianggap sebagai seorang kanak-kanak yang bodoh ketika kecil dahulu. Beliau merupakan penggemar sukan ekstrem dan amat suka menonton TV. Sehingga beliau boleh duduk berjam-jam lamanya di depan televisyen atau bermain PlayStation.

Adam Khoo yang berasal dari Singapura ini telah dimasukkan ke Sekolah Rendah yang paling lemah di sana. Ketika sekolah menengah pula, beliau gagal mendapat tempat di 6 buah sekolah terbaik, kerana prestasi akademik beliau yang sangat teruk.

Akhirnya, beliau belajar di Sekolah Menengah yang tercorot di Singapura. Ketika tingkatan 1, cikgu beliau risau dan telah memberitahu ibunya yang Adam tidak mampu menjawab soalan darjah 4. Sampai begitu sekali…

Titik Perubahan
Kehidupan Adam Khoo

Beliau kemudiannya membaiki sedikit demi sedikit pencapaian akademiknya dek kerana cemuhan rakan-rakan. Titik perubahan kehidupan Adam Khoo bermula, apabila beliau menghadiri Super-Teen Program yang dikendalikan oleh Ernest Wong ketika berumur 13 tahun.

Dengan menggunakan
teknologi Accelerated Learning, Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Whole
Brain Learning, keyakinan Adam Khoo mula berubah. Beliau yakin bahawa beliau
boleh berjaya seperti orang lain juga.

Salah satu kata-kata semangat Ernest Wong yang mempengaruhi Adam Khoo sehingga beliau menjadi berjaya adalah:

“Satu-satunya perkara yang dapat menghalang kita adalah kurangnya keyakinan serta sikap yang negatif.”

Sejak daripada itu, Adam Khoo mula berubah dan telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. Beliau kemudiannya ditawarkan ke College yang terbaik di Singapura.

Sejak itu jugalah, Adam Khoo bijak mempraktikkan cara belajar yang betul dengan teknik cepat membaca, teknik cepat mengingat dan teknik cepat menjawab.

Kecapi Kejayaan
Dalam Perniagaan

Jelas terbukti bahawa setiap orang mampu berjaya jika menggunakan teknik yang betul dan mempunyai mindset yang positif.  Beliau juga telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ketika berusia 26 tahun, dan telah meraih keuntungan yang amat lumayan.

Sebelum itu, Adam Khoo pernah memulakan bisnes Music Box pada usia 15 tahun. Bisnes seterusnya adalah perkhidmatan latihan dan seminar. Beliau menjadi salah seorang trainer peringkat nasional di Singapura dengan bayaran $10,000 USD bagi setiap jam. 

Kini, beliau mempunyai perniagaan dengan total aset tahunan sebanyak $20 juta USD.

Itulah dia kisah Adam Khoo yang pada mulanya merupakan seorang yang dianggap bodoh, kini merupakan seorang jutawan. Jika kita mempunyai mindset dan melakukan tindakan yang betul, InsyaAllah kita boleh berubah.

Keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai matlamat yang jelas mampu mengubah hidup kita.

Sumber RujukanInspirasi Sukses Mulia

Komen

komen





Source link