Artikel Terkini

Aera Residence – Miliki apartmen servis ini pada hanya RM1,000


Korang tengah mencari apartmen servis baru, pada harga permulaan bawah RM400,000? 

Tok faham. Agak sukar nak cari rumah berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur pada harga ini. Lebih-lebih lagi yang berjarak hanya 30 minit untuk ke sana. 

Buat yang rasa harapan makin tipis tu, nanti dulu. Mungkin perkongsian Tok hari ni akan berikan sinar harapan buat korang yang nak membeli rumah tahun ini. 

Projek yang bakal dikongsikan ni ada setiap elemen yang Tok sebutkan dekat atas tadi. 

Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian hari ni laju-laju. 

752 unit kediaman dengan 3 jenis susun atur (layout) yang cun? 

Projek yang Tok maksudkan adalah Aera Residence, yang bakal berdiri megah di kawasan Petaling Jaya. 

Aera Residence ni terletak berdekatan dengan Bandar Sunway, sebuah kawasan yang tak asing lagi buat para marhaen di Malaysia. 

Projek ini adalah sebuah pembangunan bercampur (mixed development) dibina di atas tanah berstatus komersial, yang menggabungkan unit apartmen servis dan juga lot runcit. 

Oh, korang tak perlu risau sebab projek ini di bawah naungan undang-undang HDA (Housing Development Act). Bermakna, korang tak payah pening kepala bayar kadar utiliti yang mahal.

Dengan sebanyak 752 unit kediaman disediakan, Aera Residence boleh dikira sebagai kediaman sederhana padat (medium density) dengan 3 jenis susun atur. 

Unit apartmen servis dibina pada 2 menara setinggi 40 tingkat. Projek ini dijual pada harga bermula daripada RM380,000 saja. 

Projek kediaman ini dibangunkan oleh Chin Hin Property Development, dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan (2021). Sesuai sangat untuk korang yang tak nak tunggu lama. 

Berapa jenis susun atur yang ditawarkan kat Aera Residence ini? 

Aera Residence menawarkan 3 jenis susun atur (layout) yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing. 

Berikut adalah layout yang ditawarkan: 

Jenis A – 850 + 143 (ruang balkoni) kaki persegi, 2 + 1 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Jenis A1 – 850 + 160 (ruang balkoni) kaki persegi, 2 + 1 Bilik Tidur, 2 Bilik Air 

Jenis B – 550 + 168 (ruang balkoni) kaki persegi, 1 + 1 Bilik Tidur, 1 Bilik Air 

Fi penyelenggaraan pula ditetapkan pada RM0.35 untuk setiap kaki persegi. 

Lengkap dengan pelbagai fasiliti berkualiti tinggi 

Jom kita masuk pula bab kemudahan dan fasiliti yang disediakan. Antara yang disediakan untuk penduduk di sini termasuk: 

  • Kolam renang, 
  • Kolam jakuzi, 
  • Bilik spa, 
  • Sunny deck
  • Wading pool, 
  • Bilik sauna, 
  • Gimnasium, 
  • Gelanggang futsal, 
  • Perpustakaan, 
  • Taman permainan kanak-kanak interaktif, 
  • Pusat rekreasi kanak-kanak, 
  • Tempat barbeku, dan juga
  • Bilik permainan. 

Ada ke kemudahan lain yang berdekatan Aera Residence?

Sunway Pyramid. Sumber gambar – kuala-lumpur.ws

Of course. Ini sebab Aera Residence dibina berdekatan dengan Bandar Sunway dan juga Subang Jaya. 

Bermakna, korang boleh jangkakan macam-macam kemudahan yang tersedia kat sini. Nak cari barang runcit, keperluan harian, dan makan minum segala, semuanya senang gila. 

Antara pusat membeli-belah yang berdekatan Aera Residence seperti: 

  • Sunway Pyramid, 
  • Paradigm Mall, 
  • AEON BiG Subang Jaya, 
  • Subang Parade, dan 
  • Empire Shopping Gallery.

Tambahan pula, Aera Residence juga berdekatan dengan SS15 yang lengkap dengan kemudahan seperti bank, kedai makan, dan macam-macam lagi. 

Penduduk di sini juga ada akses mudah ke hospital dan pusat perubatan yang terdekat. Antara yang tersedia seperti: 

  • Sunway Medical Centre, dan juga 
  • Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre). 

Macam mana pulak dengan sekolah dan pusat akademik? 

Sunway University. Sumber gambar – Sunway University – Sunway Education Group

Korang tak perlu risau pasal ni. Aera Residence juga terletak berdekatan dengan pusat akademik dan pelbagai sekolah . 

Antara yang tersedia kat sini seperti: 

  • Sunway University, 
  • Monash University, 
  • Taylor University, 
  • Inti College, 
  • Sunway College, 
  • Le Cordon Bleu Malaysia, 
  • One Academy, 
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, 
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, dan 
  • Sunway International School. 

“Senang tak nak ke Aera Residence ni?”

Lebuhraya Damansara Puchong. Sumber gambar – KLIA2

Pendek kata, memang senang untuk korang ke mana-mana dari sini. Korang boleh pilih untuk gunakan lebuhraya berikut:

  • New Pantai Expressway (NPE), 
  • Federal Highway, 
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP), dan
  • KESAS Highway. 

Dengan Federal Highway, korang boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan boleh digunakan sebagai jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.

LDP pula, akan menyambungkan korang ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, dan juga Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain. 

Kalau nak ke Bangsar atau Bangsar South pulak, gunakan NPE. Memang senang untuk korang ke mana-mana dari sini. 

Buat yang malas nak memandu pulak, korang boleh gunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang tersedia kat sini seperti LRT Kelana Jaya dan juga KTM Setia Jaya. 

Jadi, berbaloi ke beli Aera Residence ni? 

Pada pendapat Tok, Aera Residence menyediakan kediaman yang mantap dengan fasiliti yang tip-top. 

Lagipun, korang ada akses dekat dengan pelbagai kemudahan luar yang memudahkan kehidupan korang sekeluarga di sini. Fi tempahan (booking fee) pulak, hanya RM1,000 saja. 

Pada harga yang berpatutan serta lokasi yang strategik, Tok boleh kata, Aera Residence sesuai untuk pembeli rumah pertama dan juga korang yang sudah berkeluarga. 

Rebut peluang belajar dengan Faizul Ridzuan secara PERCUMA! 

“Macam mana nak beli hartanah pelaburan pada tahun ini, yang susah nak rugi?”

Kalau korang serius nak jawapan kepada soalan ini, Tok nak jumput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Faizul Ridzuan pada 18 April 2020 (hari Sabtu).

Faizul Ridzuan akan kongsikan 5 data hartanah yang korang wajib tahu sebelum beli hartanah pelaburan dalam sesi ini, dan ianya 100% PERCUMA. 

Orang lain sanggup bayar beribu Ringgit untuk dapatkan data ini. Korang juga akan belajar cara kurangkan komitmen bulanan RM5,000 menjadi RM1,000, dan banyak lagi ilmu hartanah power yang korang pasti suka nak belajar. 

Tok juga sediakan laporan CTOS PERCUMA untuk korang. Jadi, pastikan bawa sekali kad pengenalan korang sekali ya. 

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang memenangi tiket ke seminar Road To 3 Million (R3M) bernilai RM299 secara PERCUMA!

Mohon daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. 

KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG



Source link