Uncategorized

#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi strategist – YDP Agong

#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi strategist - YDP Agong 1



#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi strategist - YDP Agong 2

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.

Malah, Yang di-Pertuan Agong ke-XVI berkenaan turut aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya sukan skuasy, tenis, polo, hoki, dan sudah semestinya bola sepak.

Namun, Tuanku mengakui lebih gemar menjadi perancang permainan, serta perencana kepada strategi dalam memenangi sesuatu pertandingan atau perlawanan itu.

Role saya dalam berpasukan, apabila saya, tengok tahap mana saya, level mana saya main.

I’m a more playmaker or strategist. Saya penggerak dalam pasukan itu dan saya akan hantar bola kepada penyerang-penyerang ataupun sesiapa yang ada di atas sekali supaya dia dapat menghasilkan gol. It’s a team game,” ujar Tuanku lagi.

Tuanku bertitah demikian dalam temubual eksklusif bersama Editor Eksekutif Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-XVI pada 30 Julai ini.

Dalam berbicara lebih mendalam mengenai sukan, Tuanku bertitah, sukan itu merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan baginda.

“Saya anggap sukan ni sebagai satu daripada rutin harian saya. Ya, dalam kita sibuk membuat urusan lain, kita tidak boleh lupa memberi masa untuk menyihatkan tubuh badan kita. Saya anggap sukan ini sebagai satu amalan pada saya.

“Khususnya apabila kita dah berusia, sekurang-kurangnya kita berjalan. Ya, 20 minit atau setengah jam sehari. Berapa langkah kalau boleh. Sekarang orang sibuk, 10,000 (langkah) sekarang (setiap hari) keeps the doctor away.  And whatever sport you do, it’s good for your heart,” ujar Al-Sultan Abdullah.

Baginda turut berpendapat, aktiviti kesukanan itu bukan sekadar untuk berpeluh, tetapi juga untuk menjaga kesihatan badan, serta menyihatkan jantung.


WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).

Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.





Source link