Uncategorized

Ahli harus berani bersuara dalam mesyuarat lembaga, ICDM diberitahu



KUALA LUMPUR: Persidangan yang dianjurkan untuk membincangkan isu-isu bersama dan bersangkut-paut yang timbul dalam bilik mesyuarat lembaga diberitahu bagaimana adanya budaya pasif di kalangan para pengarah semasa mesyuarat lembaga, walaupun ia melibatkan perkara-perkara yang mereka anggap penting.

Ahli lembaga, sepatutnya tidak seharusnya mengelak daripada bersuara semasa mesyuarat demi kepentingan syarikat walaupun pendapat itu tidak selari, kata pengerusi Deutsche Bank Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin semasa salah satu sesi Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa 2019 di sini pada Isnin.

Persidangan yang dianjurkan oleh Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) itu ialah sebagai platform untuk hadirin membincangkan, membahaskan dan mencari hala tuju muktamad dalam bidang kepimpinan tadbir urus korporat dalam mendepani cabaran abad ke-21.

Mahmood Fawzy berkata terdapat budaya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Malaysia untuk tidak mencabar pengerusi.

Beliau berpendapat bahawa para pengarah hari ini mesti mampu mencabar perkara-perkara yang mereka anggap penting, dan apa yang mereka rasakan adalah betul.

“Mereka juga harus berani untuk bertanya apabila mempunyai keraguan kerana ia adalah demi kebaikan organisasi,” katanya.

Apa yang berlaku sekarang, kata Mahmood Fawzy ialah pengarah, terutama yang lebih muda, cenderung untuk mengelak daripada bertanya pada mesyuarat lembaga.

Hari pertama sidang kemuncak dua hari yang julung kali diadakan itu menyaksikan penyertaan lebih 400 pemimpin eksekutif tempatan dan wilayah, pakar tadbir urus, wakil kerajaan dan anggota masyarakat sivil.

Sementara itu, ahli lembaga ICDM, Datuk Seri Johan Raslan, yang bertindak sebagai moderator untuk Dialog Pengarah pada persidangan, berkata beberapa isu disentuh termasuk yang dihadapi oleh lembaga pengarah hari ini dari segi membuat keputusan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada ahli lembaga pengarah.

“Biasanya biacara ini berkisar mengenai kemahiran profesional sebagai peguam atau akauntan, tetapi kali ini kami menyentuh ‘Emotional Quotient’ (EQ) seseorang, keupayaan untuk memahami isu sumber manusia dan budaya sesebuah organisasi,” katanya kepada Bernama selepas sesi dialog.

Acara seperti ini penting apabila ahli lembaga dari pelbagai industri dapat bertemu dan berbincang tentang budaya yang berbeza dalam sebuah syarikat, termasuk budaya lembaga, dan tidak kurang penting juga untuk membincangkan tentang orang, kelestarian dan etika,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts