Artikel Terkini

AirAsia, AAX lantik BDO Governance sebagai pakar bebas bagi bantu jawatankuasa


KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd (AAX) melantik BDO Governance Advisory Sdn Bhd sebagai pakar bebas untuk membantu jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif menjalankan kajian melibatkan kedua-dua syarikat itu.

Pada 3 Feb, AAGB mengumumkan dalam makluman kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah bukan eksekutif untuk mengkaji dakwaan rasuah Airbus terhadap syarikat penerbangan itu dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu berdasarkan kajian tersebut.

Sementara itu, pada 5 Feb, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX mengumumkan bahawa ia telah mewujudkan jawatankuasa yang sama terdiri daripada ahli bukan eksekutif, khusus untuk mengkaji dakwaan Airbus terhadapnya.

— BERNAMA




Source link

Related Posts