Uncategorized

AirAsia akan kembali terbang ke Eropah akhir tahun ini

AirAsia akan kembali terbang ke Eropah akhir tahun ini 1



AirAsia akan kembali terbang ke Eropah akhir tahun ini 2

BANGKOK: AirAsia akan terbang ke Eropah menjelang akhir tahun ini atau awal 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Ya kami akan memulakan penerbangan ke Eropah menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Laluan itu akan dikendalikan oleh Thai AirAsia dan kami akan terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tony bagaimanapun enggan menjelaskan destinasi pertama di Eropah tersebut.

“Perbincangan masih dijalankan dan kami memilih Bangkok untuk laluan Eropah kerana kemudahan infrastruktur di sini.” Katanya.

Untuk rekod AirAsia pernah terbang ke London sebelum menghentikan laluan tersebut pada 2012.





Source link

Related Posts