Uncategorized

AirAsia lancar laman web permudahkan saluran permohonan kerja

AirAsia lancar laman web permudahkan saluran permohonan kerja 1



AirAsia lancar laman web permudahkan saluran permohonan kerja 2

SEPANG: Memohon pekerjaan di sesebuah syarikat ternama pastinya diiringi harapan yang tinggi. Namun, harapan itu boleh berakhir dengan kekecewaan jika pada akhirnya menyedari permohonan itu dibuat melalui saluran yang salah.

Bagi syarikat penerbangan AirAsia, kekeliruan atau kebimbangan seperti itu dapat dielakkan lebih-lebih lagi apabila mereka melancarkan laman web kerjaya global baharu pada Jumaat.

Dengan wujudnya platform itu, pemohon boleh memilih kerjaya di AirAsia dengan lebih cepat dan tanpa perlu lagi mengakses web pekerjaan.

Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia berkata AirAsia menerima lebih daripada satu juta permohonan pekerjaan setiap tahun di peringkat global daripada calon-calon yang ingin mengejar impian kerjaya mereka.

“Hal ini kerana ada antara mereka memohon kerja di laman web palsu serta ditipu kerana tidak melayari laman web rasmi AirAsia.

“Oleh sebab itu, pelancaran laman web ini adalah penting kerana kami (AirAsia) ingin membantu mereka yang ingin memohon kerja di sini,” kata beliau.

Tambahnya lagi, AirAsia melabur dalam menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk proses pengambilan pekerja dan tiada had untuk pengambilan pekerja di AirAsia.

Orang ramai kini boleh mengakses secara terus mengenai proses pengambilan, testimoni Allstar (kakitangan AirAsia), faedah yang ditawarkan, dan budaya kerja syarikat penerbangan ini.

Khususnya dengan capaian laman web itu, pemohon kerjaya boleh menerokai lebih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan lantas menerokai ibu pejabat AirAsia yang ikonik, RedQ di Sepang menerusi lawatan maya.

Pelancaran laman web baharu ini diadakan bersempena hari “People First Day” AirAsia yang diraikan di seluruh pejabat AirAsia di rantau ini yang mengetengahkan faedah pekerja, program teknologi, inisiatif pembelajaran dan pembangunan.

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia dan menerima pelbagai anugerah di peringkat global antaranya Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax selama sedekad sejak 2009 hingga 2018.

Pada tahun 2018, AirAsia mengambil pekerja sebanyak 4,500 orang dan secara keseluruhan memiliki kira-kira 23,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Untuk lebih lanjut, anda boleh memulakan kerjaya baharu di AirAsia dengan melayari careers.airasia.com





Source link