Uncategorized

Airbus bawa A220-300 ke Malaysia


KUALA LUMPUR: Pesawat penumpang Airbus A220-300 tiba di Malaysia, dalam rangka lawatan demonstrasi bagi rantau Asia Pasifik.

Pesawat itu merupakan pesawat ujian penerbangan Airbus dan kini dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kami gembira berada di Malaysia untuk membawa A220-300, ahli terbaharu dalam keluarga Airbus dan mempamerkan kehebatannya.

“Keistimewaan pesawat ini ialah ia membakar 20 peratus lebih kurang minyak, berbanding generasi pesawat terdahulu.

“Ia juga membawa pengalaman luar biasa untuk penumpang kerana ia mempunyai tempat duduk yang luas, dan semua penumpang boleh bawa ‘roller bag’,” kata Pengarah Pemasaran Airbus, Christine De Gagne.

Ruang tempat duduk lebih luas antara kelebihan Airbus A220-300.

Rangkaian A220 terdiri daripada A220-100 yang lebih kecil dan A220-300 yang lebih besar dan satu-satunya pesawat penumpang yang dibina untuk pasaran 100-150 tempat duduk.

A220 juga menawarkan kos yang lebih rendah untuk setiap perjalanan, yang menjadi salah satu ciri utamanya.

Bahagian dalam pesawat Airbus A220-300.

De Gagne juga positif dengan penerimaan pemain-pemain utama industri penerbangan, baik di Malaysia mahupun di rantau Asia.

“Kami di sini bermaksud adanya permintaan. Tetapi kami juga yakin yang pesawat ini sesuai dengan pasaran kerana pelbagai kehebatannya, ia membawa 100 hingga 150 penumpang sehingga ke Jepun atau Australia, yang penting dalam aliran trafik udara bagi Malaysia,” tambah De Gagne.

Selain Malaysia, Airbus turut singgah di Yangon, Hanoi, Bangkok, Seoul dan Tokyo, dalam siri jelajah yang bermula 29 Julai lalu itu.





Source link

Related Posts