Artikel Terkini

Akaun Wakalah TH Memberi Lebih Nilai Tambah Dan Manfaat Kepada Pendeposit


KUALA LUMPUR, 10 Disember 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah yang memberi lebih nilai tambah dan manfaat kepada pendeposit tanpa menjejaskan apa-apa kemudahan dan manfaat akaun sedia ada.

Peralihan kepada Kontrak Wakalah akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019 menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini. Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit. Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100 peratus oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit. Pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.

TH ingin memaklumkan bahawa dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Disember 2019, pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini. Terma dan syarat akaun TH boleh dirujuk di pautan www.tabunghaji.gov.my/wakalah.

Sumber: Tabung Haji

TERMA & SYARAT

1.    Syarat menjadi ahli
       1.1    Beragama Islam.
       1.2    Warganegara Malaysia.

2.    Jenis Akaun
       2.2    Akaun Dewasa
                2.2.1    Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.

       2.3    Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga
                2.3.1    Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun. 
                2.3.2    Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.

3.    Wakalah
       3.1    Pendeposit melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wangnya dalam akaun TH tanpa terikat 
                dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
       3.2    Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun TH selaras dengan Akta TH dan
                selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran), sebarang pindaan serta
                prosedur  yang telah ditetapkan di TH.
       3.3    Pendeposit menerima agihan  keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos
                Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan- keperluan berkaitan di bawah Akta
                Tabung Haji 1995.

SOALAN JAWAPAN
1 Apakah maksud Wakalah? Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
2 Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan manakala Wakalah sebagai pelaburan? Konsep WadiahYad Dhamanah dan Wakalah boleh digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan.
3 Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH diubah kepada Wakalah? Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati.
4 Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada masa
ini?
TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan.
5 Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH? Ya.

Nak Lebih Detailed?

Wadiah Adalah Contoh Kontrak Berasaskan Jaminan

Kontrak jenis ini adalah di antara pelanggan dan pihak yang memberi jaminan. Ia dipraktiskan dalam perniagaan Ar-Rahnu.

Definisi : Pelanggan memajak barang kemas untuk mendapatkan tunai melalui Ar-Rahnu. Pengendali Ar-Rahnu menjamin keselamatan barang kemas tersebut dan akan memulangkan barang kemas tersebut apabila pembiayaan dilunaskan oleh pelanggan dalam tempoh waktu yang
telah dipersetujui.

Wakalah Pula Merupakan Contoh Kontrak Berasaskan Upah

Kontrak jenis ini adalah di antara pelanggan dan wakil pelanggan. Ia dipraktiskan dalam Takaful.

Definisi : Pelanggan melantik pengendali Takaful untuk menguruskan wang yang dicarumkan setiap bulan. Pengendali Takaful bertanggungjawab memastikan caruman diuruskan dengan telus dan patuh shariah. Upah akan dikenakan kepada pelanggan bagi perkhidmatan tersebut.

Sama-Sama Kita Tunggu Hibah Tabung Haji 2019

2012 6.50% Hibah + 1.50% Bonus
2013 6.00% Hibah + 2.00% Bonus
2014 6.25% Hibah + 2.00% Bonus
2015 5.00% Hibah + 3.00% Bonus
2016 4.25% Hibah + 1.50% Bonus
2017 4.50% Hibah + 1.75% Bonus
2018 1.25% Hibah

Sama-sama kita tunggu berapakah hibah yang bakal diumumkan untuk tahun 2019 ini.

Komen

komen





Source link