Uncategorized

Akibat Anak Mengalami Alahan Terhadap Makanan, Lelaki Ini Menjadi Jutawan


Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka sihat dan dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dan salah satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka.

Tetapi bagaimana kalau anak itu mengalami alahan yang menyebabkan mereka tidak dapat menikmati makanan-makanan tertentu? Pasti sukar untuk si kecil ini mendapatkan vitamin dan juga protein yang secukupnya bukan?

Disebabkan itu, seorang bapa dari Texas, Amerika telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Cece’s Veggie Co. Ianya merupakan sebuah syarikat pengeluar nasi, spageti dan mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran.

Semuanya bermula apabila doktor
memberitahu Arnold yang anaknya mempunyai alahan terhadap makanan yang
mengandungi gluten dan protein lekit yang terkandung dalam makanan seperti mee
dan juga nasi.

Mahu anak-anaknya dapat menikmati makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau akan mengalami masalah radang, Arnold kemudian melakukan eksperimen untuk menyediakan makanan yang sedap tetapi kekal berkhasiat untuk keluarganya.           

Beliau mula membuat pasta berasaskan sayur-sayuran. Percubaannya membuahkan hasil apabila anak-anaknya menggemari rasa pasta tersebut walaupun ia diperbuat daripada sayur-sayuran.

Daripada situ Arnold melihat potensi yang besar terhadap pasta sayur-sayuran ini. Ia bukan sahaja sesuai bagi ibu bapa yang inginkan anak mereka menikmati khasiat sayur-sayuran, tetapi juga untuk golongan vegetarian dan mereka yang mementingkan kesihatan.

Bermula dengan modal $100,000 yang diterima daripada pelabur dan penggunaan kad kredit, Arnold berhempas-pulas untuk membangunkan syarikat makanannya. Daripada 10 orang pekerja, kini ia telah meningkat kepada 200 orang.

Selain usaha gigih yang dilakukannya,
bisnes ini mampu mencipta kejayaan secara mendadak kerana beliau mengeluarkan
produknya pada masa yang tepat. Ketika itu para pengguna mula mencari produk
makanan yang bukan sahaja enak tetapi lebih berkhasiat dan juga berkualiti. Dan
produk Cece’s merupakan pilihan yang terbaik bagi golongan ini.

Arnold juga menghabiskan banyak masa
untuk melakukan R&D bagi mencari solusi untuk menghasikan produk pasta dan
spageti berasaskan sayur-sayuran tetapi mempunyai rasa yang sama seperti pasta
dan spageti dari resepi sebenar. Kemudian terhasillah spageti zukini dan
spageti keledek.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai
cabaran seperti produk yang tidak dapat bertahan lama dan memilih pekerja yang
tepat, Arnold masih lagi optimis dalam menguruskan perniagaan ini.

Inilah sifat-sifat yang perlu ada dalam diri orang berjaya, bijak mengenal pasti peluang yang ada, sanggup mengambil risiko, tidak mudah berputus asa dan kekal positif.

Sumber Rujukan:

Komen

komen





Source link