Artikel Terkini

Aktiviti perdagangan ekuiti dan khidmat nasihat pelaburan Rakuten Trade adalah sah



KUALA LUMPUR: Rakutan Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) menegaskan aktiviti perdagangan ekuiti dan menyediakan khidmat nasihat pelaburan yang disediakan pihaknya adalah sah.

Perkara itu boleh dibuktikan menerusi lesen yang dipegang syarikatnya sejak 27 April 2017 sebagai broker berlesen.

“Berhubung dengan laporan media yang disiarkan mengenai penipuan pelaburan menerusi platform dalam talian, pihak pengurusan Rakuten Trade dan Lembaga Pengarah dengan ini mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal Terhad yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) selain tersenarai dalam Daftar Awam Pemegang Lesen SC.

“Rakuten Trade menjalankan perniagaan yang sah, dan kami sedar bahawa terdapat individu dan syarikat yang menyalahgunakan nama Rakuten Trade dan mendakwa mereka mewakili kami dalam pelbagai penipuan pelaburan dalam talian,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Syarikat itu menasihatkan agar orang ramai tidak melayan dakwaan sedemikian yang palsu, dan sesungguhnya Rakuten Trade tiada kaitan dengan pihak-pihak tidak sah ini.

“Kami telah membuat laporan mengenai individu dan syarikat terbabit kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) malah turut memaparkan notis di laman web dan saluran media sosial.
 
“Semua urus niaga dijalankan terus oleh pelanggan kami menggunakan laman web rasmi Rakuten Trade, www.rakutentrade.my atau menerusi aplikasi perdagangan Jepun iSPEED.my.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Rakuten Trade di 1800 88 6011 atau e-mel di customerservice@rakutentrade.my,” katanya.





Source link

Related Posts