Artikel Terkini

Alliance Bank Diiktiraf Bank Terbaik IDC Financial Insights 2020 di Asia Pasifik


Alliance Bank Malaysia
Berhad (“Alliance Bank” atau “Bank”) diiktiraf oleh IDC
Financial Insights sebagai salah satu daripada 20 Bank Terbaik 2020 di Asia /
Pasifik. Alliance Bank adalah salah satu dari hanya dua bank di Malaysia yang
dinamakan dalam senarai tahun ini.

Inisiatif penyelidikan
tahunan IDC Financial, 20 Best Banks 2020,
mengenal pasti institusi perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik yang telah
melakukan transformasi digital yang berjaya sebagai kesiapsiagaan mengharungi
cabaran dekad baru. IDC mengambil perhatian terhadap bank-bank yang telah memperkasakan
perkhidmatan mereka melalui penggunaan teknologi terbaik untuk mempengaruhi
perniagaan secara positif dalam tiga bidang utama: penglibatan pelanggan,
kecekapan operasi dan penciptaan model perniagaan baharu.

“Alliance Bank
telah meneraju dalam mengoptimumkan saluran digital untuk memacu pendapatan dan
mengembangkan pengambilalihan. Bagi Alliance ONE Account, penggunaan analisis
data dalam sepanjang perjalanan pemasaran (sasaran pelanggan secara digital, mesej
kreatif, dan mengoptimumkan saluran) adalah satu pencapaian yang baik. Alliance
ONE Account dan projek Branch-in-Tablet yang dikemukakan untuk IDC Financial
Insights Innovation Awards 2020
, merupakan contoh jelas
strategi transformasi digital untuk mencipta pengalaman saluran omni (omni-channel)
yang melangkaui rangkaian cawangan,” kata Cik Darshiniy Selvaratnam, Penganalisis
Pasaran Kanan, IDC Financial Insights Asia Pasifik.

“Kami berbangga
dapat memasuki senarai Financial Insights’ Best Banks 2020 di Asia Pasifik oleh
IDC. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa kami berada di landasan yang betul
untuk menyampaikan penyelesaian yang cepat dan mudah kepada para pelanggan
kami,” kata Encik Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance
Bank.

Alliance ONE Account
adalah perkhidmatan konsolidasi pinjaman yang mudah bagi pemilik rumah
individu. Branch-in-Tablet memberi pelanggan Alliance Bank kemudahan untuk
membuka akaun bank, mengaktifkan perkhidmatan perbankan dan mengakses
perkhidmatan perbankan mudah alih mereka dalam masa secepat 15 minit. Inovasi
digital ini juga digunakan untuk penyelesaian enterpris yang membolehkan
pemilik perniagaan membuka akaun perbankan perniagaan dalam “1 hari, 1
lawatan”.

Sepanjang tiga tahun ini, Alliance Bank telah melancarkan
beberapa inisiatif digital yang terkemuka di pasaran termasuk Alliance
Cash2Home yang merupakan aplikasi pengiriman wang asing mudah alih, Kredit
Peribadi digital yang dilancarkan baru-baru ini di mana kami menawarkan
kelulusan secepat dalam masa hanya 10 minit dan pinjaman PKS digital yang
menawarkan kelulusan pinjaman sehingga RM50,000 dalam masa 24 jam kepada pemilik
perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Alliance Bank, sila layari www.alliancebank.com.my.



Source link