Uncategorized

Allianz Malaysia Raikan Wanita Pada Bulan Mac

Allianz Malaysia Raikan Wanita Pada Bulan Mac 1


Kuala Lumpur, 25 Mac 2019 – Bulan Mac merupakan saat dimana Allianz Malaysia meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan mengiktiraf golongan wanita yang menjadi pemacu kejayaan Syarikat.

Tenaga kerja Allianz Malaysia terdiri daripada mereka yang datang dari latar belakang, budaya, dan kewarganegaraan yang pelbagai. Daripada 1,998 orang kakitangannya, wanita terdiri daripada 68 peratus daripada tenaga kerja tersebut. Hampir 43 peratus daripada ahli lembaga pengarah dan 60 peratus daripada jumlah pengurus ialah wanita.

Mengenalpasti kepentingan dan nilai kepelbagaian di tempat kerja, lebih separuh daripada 7,500 kakitangan Allianz di Asia terdiri dari wanita dengan hampir  50 peratus daripada mereka adalah generasi milenium.

Dalam sebuah siri muatan di laman Facebook, Syarikat telah berkongsi kata-kata pemerkasaan yang diucapkan oleh dua orang pekerja kurang upaya, seorang Ketua Jabatan yang memegang dua buah portfolio dan ahli wanita yang juga terdiri daripada Lembaga Pengarah Syarikat termasuk Y.Bhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Salim yang juga wanita pertama yang dilantik sebagai Pengerusi.

Allianz Malaysia Raikan Wanita Pada Bulan Mac 2

“Di Malaysia, hampir 70% daripada graduan terdiri daripada wanita. Jadi, untuk semua wanita, rebutlah peluang yang tersedia diluar sana. Ia adalah tentang melakukan yang terbaik dan anda akan mula dikenali jika anda berkerja keras untuk menyelesaikan kerja anda. Kualiti ini akan membantu anda untuk dilihat sebagai  seorang yang menyumbang dengan baik,” kata Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah, Pengerusi Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Berkongsi kunci kejayaannya, Ketua Pegawai Eksekutif Hayat & Kesihatan untuk Allianz di Asia Pasifik, Renat Wagner berkata: “Pilih sesuatu yang anda sukai, jika anda tidak suka apa yang anda lakukan, berhenti lakukannya dan cari sesuatu yang betul-betul anda minati. Dunia ini penuh dengan peluang-peluang, jadi cubalah untuk pilih satu yang anda minati kerana ia akan membantu anda untuk pergi lebih jauh. Anda juga harus sentiasa bersikap positif.”

Untuk menambah lagi keseronokan, Syarikat juga telah menganjurkan satu Pertandingan Bowling Allianz Malaysia 2019 untuk tenaga kerja wanita di Ampang Bowl, Berjaya Times Square pada 22 Mac.

Pertandingan tersebut telah menampilkan 50 orang kakitangan wanita daripada ibu pejabat dan cawangan-cawangan sekitar Lembah Klang serta Marzida Mohd Noor yang merupakan ahli lembaga pengarah Allianz Malaysia Berhad. Semua peserta telah dibahagikan kepada 10 buah kumpulan dimana setiap peserta telah bermain dua set permainan dengan gabungan pengumpulan markah tertinggi dinobatkan sebagai juara. Pemain yang mendapat markah individu tertinggi pula diberikan gelaran Pemain Boling Terbaik Allianz 2019. 

Mengenai Allianz di Malaysia

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad, subsidiari Allianz SE, mempunyai dua subsidiari insurans – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah satu syarikat insurans am di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang berisiko besar. Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk perniagaan insurans am pada tahun kewangan 2018 telah mencapai RM2.12 bilion.

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2018, Allianz Life mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP ) sebanyak RM2.38 bilion dan merupakan salah satu daripada penanggung insurans hayat yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Allianz Malaysia mempunyai 33 cawangan di seluruh negara.

Pada tahun 2018, Allianz Malaysia telah dianugerahkan Pengurusan Hubungan Pelanggan untuk Pusat Panggilan Terbaik (Perak) dan Anugerah Penggunaan Inovatif Terbaik (Merit), iklan Allianz Road Rangers: 24 Hours Call Centre oleh Allianz General juga telah memenangi Iklan Terbaik dalam Perkhidmatan dan Institusi Kewangan di Anugerah YouTube Malaysia 2018. Pada tahun 2017, Allianz Malaysia Berhad telah dianugerahkan Inisiatif Tanggungjawab Korporat Terbaik (permodalan pemasaran bawah RM10 bilion) pada Anugerah Kelab Bilion Ringgit The Edge (The Edge Billion Ringgit Club Awards) 2017, manakala Allianz General tekah diperakui sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik pada 2016 oleh iBanding.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my

Facebook: facebook.com/AllianzMalaysia/ | Instagram: instagram.com/allianzmalaysia/

Mengenai Allianz

Kumpulan Allianz merupakan salah satu syarikat insurans dan pengurus asset terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmata untuk 92 juta pelanggan runcit dan korporat. Pelanggan Allianz mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan insurans peribadi dan korporat, yang terdiri daripada insurans harta dan kesihatan kepada perkhidmatan bantuan kepada insurans kredit dan insurans perniagaan global. Allianz merupakan salah satu pelabur terbesar yang menguruskan lebih 673 bilion euro bagi pihak pelanggan insuransnya. Selain itu, pengurus aset kami AllianzGI dan PIMCO mengurus lebih 1.4 trilion euro aset pihak ketiga. Terima kasih kepada penyepaduan kriteria ekologi dan sosial yang sistematik dalam proses perniagaan dan keputusan pelaburan kami, kami memegang kedudukan utama untuk penanggung insurans dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability Index). Pada 2018, lebih 142,000 pekerja di lebih 80 buah negara mencapai jumlah pendapatan sebanyak 131 billion euro dan keuntungan operasi sebanyak 11.5 bilion euro.

Allianz Malaysia Raikan Wanita Pada Bulan Mac 3

Komen

komen





Source link