Uncategorized

Anda confirm rugi beli rumah kalau langgar harga ini (Dendangan Analisa Rumah Tak Terjual Q1 2019)


Artikel kali ni pendek, sebab Tok betul-betul nak korang hadamkan mesej yang Tok nak sampaikan ni.

Hari ni kita akan lihat data semua rumah yang tak terjual pada Q1 2019 dibandingkan dengan rumah yang betul-betul terjual.

Nota editor: Bagi mereka yang tak tahu apa tu Q1 2019 maksudnya di antara Januari dan Mac 2019.

Kenapa kita nak bandingkan rumah yang TAK terjual dengan transaksi rumah BETUL terjual ni?

Sekarang hampir semua orang yang mengikuti perkembangan hartanah di Malaysia tahu yang mana negara kita mempunyai banyak stok rumah yang tak terjual.

Bila rumah berlambak tak terjual ni, macam-macam la kita dengar sebab kenapa sebenarnya rumah ni tak terjual.

Tok selalu dengar keluhan daripada pembaca GH yang mana pemaju selalu syok sendiri membina rumah diluar kemampuan pembeli. Maknanya, guna tanah dan buat rumah yang penduduk kat situ tak mampu pun nak beli.

Yang Tok dengar daripada pemaju pulak, banyak yang menyalahkan faktor-faktor besar macam masalah ekonomi, salah bank sebab susah nak lepaskan loan dan macam-macam lagi.

Jadi siapa yang betul? Bagi Tok semua boleh jadi betul, tapi hari ni Tok lebih nak fokus kepada keluhan pembaca GH.

Pemaju selalu syok sendiri membina rumah diluar kemampuan pembeli?

Berdasarkan data NAPIC, pada Q1 2019 di Selangor, kita ada 8,136 unit rumah yang tak terjual dan jumlah semua rumah tak terjual ni adalah sebanyak RM6 bilion.

Jadi bila kita kira berapa harga purata (average value) rumah tak terjual ni, purata satu rumah harganya RM778,295.

Kita tengok pulak harga rumah yang terjual pada 2018 yang mana puratanya jatuh pada harga RM506,354. Beza sebanyak RM271,941 – maknanya, rumah tak terjual ni 54% lebih mahal daripada jenis rumah yang pasaran mahukan.

Berikut adalah peratus perbezaan bagi negeri yang Tok dah kira: 

  • Johor: 122% lebih tinggi berbanding harga yang pasaran mahukan, 
  • Perak: 30% lebih tinggi berbanding harga yang pasaran mahukan, 
  • Putrajaya: 543% lebih tinggi berbanding harga yang pasaran mahukan. 

Kalau korang tengok kes Putrajaya, beza harga melebihi 5 kali ganda. Gila!

Jadi, apa kesimpulan semua data ini?

Maknanya mudah, ramai orang di Selangor masih membeli dan nak beli rumah. Tapi kemampuan mereka pada purata rumah RM506,354 sahaja. Rumah yang pemaju bina pulak puratanya berharga RM780,000.

Jadi, kalau dah tahu ramai yang mampu pada kadar RM506,354 sahaja, kenapa pemaju di Selangor bina rumah mahal ni?

Dan kenapa bila rumah mereka tak terjual, sibuk meminta bantuan kerajaan?

Cuba tengok beza transaksi dan harga rumah tak terjual di negeri anda, besar tak jurang (gap) dia?


Mean: Purata nilai transaksi semua jenis hartanah di setiap negeri, OAV (Overhang Average Value): Purata nilai rumah tak terjual.



Source link