Uncategorized

Anda nak tahu cara beli hartanah bawah nilai bank?


Apa strategi yang boleh kita gunakan untuk beli hartanah bawah bank value?

Dah tentu ia berikan nilai yang terbaik kat pelaburan kita. Tok boleh jamin, korang siap boleh untung kalau buat dengan betul.

Dan semuanya bermula dengan mencari dan mengkaji hartanah yang ada keistimewaan ini.

Dan In Shaa Allah, korang boleh belajar sesuatu tentang hartanah bawah nilai bank lepas habis baca artikel ni.

Ilmu power ni dikongsikan oleh Tuan Faizul Ridzuan sendiri kat Facebook beliau semalam.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam.

Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan kaedah dan proses yang kita buat untuk membeli hartanah bawah nilai bank hari ini.

Ini adalah 3 langkah utama untuk korang dapatkan hartanah dengan harga bawah nilai bank:

Ini bermakna, korang kena ambil tahu pasal pembangunan sekeliling, saiz, pemandangan dan orientasi, dan proses ubahsuai yang dibuat kat hartanah itu.

Pendek kata, ambil tahu pasal semua perkara hartanah yang kita nak beli tu. Sebab apa kena tahu semua benda ni?

Supaya bank boleh bagi penilaian sebenar unit itu. Kita nak elak berikan maklumat yang tak tepat kat mereka.

Kalau tersilap bagi maklumat, penilaian kita akan dinilai berdasarkan data yang salah.

Saya selalu terdengar kes macam ini. Masa penilaian awal, rumah bernilai RM650K, tapi nilai ini berdasarkan butiran hartanah yang tak tepat.

Akhirnya, pembeli terpaksa keluarkan RM50K (duit sendiri) sebab jumlah pinjaman dikurangkan.

Ini terjadi sebab valuasi dibuat sekali lagi berdasarkan butiran hartanah yang betul (yang bernilai RM600K saja).

Dah selesai kumpul maklumat tentang unit yang korang nak beli? Tiba masa untuk telefon kawan banker kita, dan minta bantuan mereka untuk dapatkan nilai indikatif hartanah itu.

Pastikan kita bertanya kat 5 bank yang berbeza. Bila dah dapat valuasi yang berlainan, kita boleh memilih kadar purata sebagai indikator.

Sebagai contoh, banker bagi korang valuasi ini:

  • RM610K untuk hartanah #1,
  • RM620K untuk hartanah #2,
  • RM630K untuk hartanah #3,
  • dan RM640K untuk hartanah #4.

Kita boleh ambil harga RM620K sebagai nilai purata yang selamat. Paling kurang, dah ada 3 buah bank yang menyokong nombor ini.

Kita juga boleh ambil RM640K sebagai nilai maksimum. Kat sini, kita boleh mula cari bank yang boleh berikan pinjaman RM640K untuk pembiayaan membeli unit ini.

Sekarang kita dah tahu nilai hartanah yang kita nak beli. Dan bermula sudah tugas memburu penjual secara rasmi.

Katakan, matlamat kita nak dapatkan tawaran yang terbaik. Kita boleh mula dengan mencari hartanah yang dijual dengan harga RM600K, dimana harga ini 8% lebih rendah berbanding nilai bank maksimum yang kita kaji tadi.

Lebih rendah harga yang ditawarkan penjual, lebih baik. Bertambah-tambah baik kalau penjual bersetuju bagi kita buat mark-up.

Sebab kita ada potensi membeli hartanah ini secara zero-down, kalau kita boleh cari nilai bank maksimum 10% lebih tinggi berbanding harga yang tuan rumah sanggup jual.

Ia tak susah mana untuk kita buat. Cuma, memang kita kena banyak buat “kerja rumah”, kajian yang mendalam, dan kekalkan hubungan baik dengan pemaju.

Bertambah bagus kalau bermula dengan eratkan hubungan dengan banker kita. Mereka boleh bantu kita buat kerja valuasi berjalan dengan lancar.



Source link