Uncategorized

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham 1

Pada Mac 2003, FBI telah menahan seorang investor yang juga merupakan seorang trader berumur 44 tahun. Beliau yang di maksudkan ialah Andrew Carlssin yang juga dikenali sebagai The Wall Street Wizard.Beliau didakwa kerana melakukan kesalahan aktiviti insider trading.

Kisah kejayaan beliau tidak dapat dirungkai sama ada melalui kajian atau fakta yang boleh diterima dengan akal logik. Bayangkan dengan hanya bermodalkan hanya $800, beliau telah mengaut keuntungan sebanyak 437,500% iaitu bersamaan lebih $350 juta USD dalam masa bukan 10 atau 20 tahun, tetapi dalam 2 minggu sahaja.

Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian pihak penguasa hingga menyebabkan beliau terpaksa ditahan oleh FBI.

Semasa proses siasatan dijalankan, beliau telah mengejutkan dan mengelirukan FBI dengan kenyataan yang tidak masuk akal. Beliau mendakwa bahawasanya beliau tidak melakukan aktiviti insider trading untuk mengaut keuntungan tersebut, tetapi mengaku bahawa 126 High-Risk Trade yang dilakukan adalah berdasarkan pada pengetahuan beliau kerana dia berasal daripada masa depan. Lebih mengejutkan, apabila beliau mengaku berasal dari tahun 2256.

Setiap trade yang dilakukan oleh beliau sangat menakjubkan kerana kesemua trade beliau tepat mengenai sasaran, malah beliau melakukan Entry ketika harga saham tersebut berada di kedudukan yang paling rendah. Lebih pelik apabila selepas entry yang dilakukan oleh beliau, harga saham tersebut akan melonjak naik secara tiba-tiba.

Beliau turut mendakwa bahawa beliau mengetahui saham mana yang akan jatuh pada tahun 2003 sehingga boleh menyebabkan para pelabur mengalami kerugian yang teruk. Beliau akan sentiasa melakukan close entry yang tepat. Ini menyebabkan pihak penguasa mencurigai kejadian di sebalik cara beliau melakukan trading tanpa sebarang loss. 

Bersandarkan kepada cerita time travel, beliau mengetahui semua maklumat untuk berjaya dalam perdagangan saham. Memetik kata-kata beliau semasa rakaman bual bicara dengan FBI, ‘Saya sepatutnya melakukan trading tersebut kelihatan seperti semula jadi yang mana saya mesti melakukan sedikit loss dan bukannya memperlihatkan tindakan saya 100% sempurna. Ini untuk mengelakkan saya daripada dikenal pasti berasal dari masa hadapan’.

Selain daripada itu, beliau juga turut menceritakan apa yang terjadi kepada Osama Bin Laden dan bagaimana HIV AIDS boleh diubati. Selepas melakukan pengakuan jalan cerita sebenar tentang kejayaan beliau dalam dunia saham, beliau meminta untuk dilepaskan untuk kembali semula ke mesin masa beliau.

Walaupun telah didesak oleh FBI untuk menyatakan lokasi mesin masa tersebut, beliau hanya diam seribu bahasa dan tidak mengendahkan permintaan tersebut. Ini kerana beliau khuatir teknologi yang beliau ada akan jatuh kepada orang yang tidak sepatutnya.

Tahukah anda apa yang terjadi selepas beberapa hari penahan itu dilakukan?

Beliau telah lenyap sepenuhnya dan tiada sesiapa pun dapat menjejaki beliau. Malah, cap jari bukti beliau melarikan diri juga lesap. Beliau telah lenyap bersama dengan wang sebanyak $1,000,000 USD pada 4 April 2003. Begitu juga dengan misteri individu yang bertanggungjawab melepaskan beliau daripada tahanan penjara. Sehingga hari ini, tidak dapat dikenal pasti individu yang terlibat.

Bertambah misteri apabila nama beliau tidak pernah direkodkan di mana-mana tempat sehinggalah Disember 2002, 3 bulan sebelum beliau ditangkap. Securities Exchange Commission(SEC) mendakwa bahawa ‘beliau seorang pakar penipu dan memanipulasi fakta kerana setiap trade yang beliau lakukan tidak boleh hanya berlandaskan kepada tuah semata-mata, semestinya beliau telah melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang dan terlibat dalam insider trading information’. 

Memang sangat menarik dan misteri, tidak kurang juga ramai yang menyatakan beliau adalah salah seorang konspirasi terbaik sepanjang zaman. Adakah anda mempercayai bahawa kita boleh merentas perbatasan masa?

Seandainya anda mempunyai mesin masa, apakah tindakan anda untuk menjadi seorang Trader dan Investor terunggul sepanjang zaman.

Kisah mengenai Andres Carlssin ini merupakan satu daripada 10 kes pengembara masa yang masyhur. Boleh tengok lagi beberapa kisah menarik di Wikipedia.

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham 2

Komen

komen

Source link

Uncategorized

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham 3

Andrew Carlssin: Raih Keuntungan 437,500% Dalam Pasaran Saham 4

Komen

komen

Source link