Artikel Terkini

Angan-Angan Menjadi Tabiat: Simpan Dulu Baru Belanja


Selagi
kudrat dan tenaga masih ada, usaha mencari sumber rezeki yang halal menjadi suatu
kewajipan setiap muslim supaya tidak meminta-minta atau berhutang dengan orang
lain kelak.

Tambahan
pula, kita perlu jadikan tabiat sebahagian pendapatan perlulah disimpan sebelum
berbelanja. Hakikatnya, majoriti orang yang baru mula berkerja agak sukar untuk
menyimpan kerana pengurusan kewangan telah ditetapkan kepada formula yang salah
iaitu belanja dulu, baru simpan.

Apa Itu Pendapatan?

Apa sahaja sumber yang boleh menghasilkan pendapatan kepada kita. Contohnya hasil penggajian bagi orang yang makan gaji atau hasil perniagaan bagi yang bekerja sendiri. Pendapatan sampingan melalui kerja sambilan seperti membuat kelas tuisyen, menjadi ejen hartanah, servis pembersihan rumah, freelancer dan lain-lain. Contoh pendapatan pendapatan pasif pula seperti royalti buku dan pelaburan saham.

Apa Itu Perbelanjaan?

Perbelanjaan
boleh dibahagikan kepada perbelanjaan yang menjadi keperluan dan perbelanjaan
yang tidak perlu iaitu mengikut kehendak dan gaya hidup semasa. Awas! Jangan berbelanja
lebih daripada pendapatan.

Apa Itu Simpanan?

Simpanan
adalah sejumlah wang yang kita asingkan untuk disimpan bagi mencapai matlamat
tertentu. Contohnya dapat digunakan sebagai deposit rumah pertama, ketika
kecemasan, sakit, kehilangan pekerjaan atau untuk mencapai matlamat akan
datang.

Apa
yang seringkali kita abaikan adalah SIMPANAN. Masing-masing mempunyai pelbagai
impian. Sama ada mampu tercapai atau tidak, inilah yang akhirnya berlalu
sebagai ANGAN-ANGAN.

Semua
orang layak berangan. Tidak perlu bayar walau satu sen sekalipun. Namun, kita
tidak boleh tipu diri sendiri kerana angan-angan tersebut memerlukan PERANCANGAN
KEWANGAN yang betul.

Bagaimanan Nak Jadikan Angan-Angan Sebagai Tabiat?

Tetapkan
ia sebagai matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Keinginan yang
kuat perlu ada.

Sekiranya
tiada pelaburan dibuat dan masih mempunyai ayah dan ibu, situasi di bawah
mungkin boleh dikaitkan dengan diri sendiri.

Akmal
beumur 22 tahun pada tahun 2019 dan memulakan kerjaya pertama sebagai eksekutif
pentadbiran dengan gaji bersih sebulan sebanyak RM2200. Hidup di bandar Shah
Alam, menyewa sebuah bilik sharing di apartment berdekatan dan menaiki bas
percuma Selangor.  Beliau tetapkan tiga impian
tersendiri:-.

  1. Lagi
    2 tahun dia mesti ada sekurang-kurangnya RM3,000 untuk deposit kereta
  2. Lagi
    4 tahun dia mesti ada sekurang-kurangnya RM15,000 untuk melangsungkan
    perkahwinan
  3. Lagi
    5 tahun die mesti ada RM20,000 untuk deposit rumah pertama

Memandangkan
Akmal ada matlamat yang jelas dan suka berdikari, dia telah jadualkan disiplin
kewangan bulanan seperti di bawah:-

Maka tidak mustahil untuk Akmal capai impian yang ditetapkan jika berdisiplin ketika menyimpan. Tahun demi tahun, kita perlu laraskan pendapatan dan perbelanjaan agar selari dengan matlamat yang ditetapkan.

Praktikkan formula simpan dulu, baru belanja berulang-ulang dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Jika kita bertangguh lagi, selama-lamanya ia kekal sebagai angan-angan.

Ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman
Boleh dihubungi melalui emel wanfarhan17@gmail.com

Komen

komen





Source link