Uncategorized

Anuar Taib letak jawatan sebagai CEO Huluan Petronas



Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan perletakan jawatan Datuk Mohd Anuar Taib sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas.

Surat peletakan jawatan Anuar diserahkan kepada Lembaga Pengarah pada 16 September sekali gus menjawab desas-desus peletakan jawatan beliau sejak tiga bulan lepas.

Petronas bagaimanapun berkata syarikat itu mempunyai pelan penggantian yang kukuh.

“Petronas mempunyai dasar mengekalkan pekerja yang sangat utuh. Kami juga menghormati keputusan peribadi. Datuk Anuar sudah memaklumkan tentang keputusan peribadi beliau dan kami menghormati keputusan itu,” kata Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh.

Tambahnya peletakan jawatan Anuar juga tidak akan memberi kesan kepada pelaksanaan segala rancangan perniagaan dan strategi kumpulan.

“Pengumuman pengganti beliau akan diumum tidak lama lagi,” katanya.

Pada 30 Jun, Petronas menafikan dakwaan bahawan Anuar melepaskan jawatan dalam Kumpulan Petronas seperti dilaporkan beberapa akhbar tempatan.

Ini selepas pengumuman bahawa Anuar melapaskan jawatan selaku Pengerusi Petronas Gas Berhad pada 28 Jun.





Source link

Related Posts