Uncategorized

Apa Itu Wang dan 6 Sebab Mengapa Ianya Penting Dalam Kehidupan


Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Di dalam konteks umum, wang atau duit dikenali sebagai pertarungan (war) mata wang, revolusi dan sebagainya. Tapi pernahkah terdetik di dalam pemikiran kita apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan wang?

Adakah ianya sebuah pergunungan kekayaan, punca kesenangan? Bagaimanakah kita boleh hidup di dunia di mana kebanyakan wang tidak kelihatan dan sesetengah situasi hanya tertera angka pada skrin komputer atau telefon pintar? Di manakah wang berasal? Dan di manakah semuanya pergi?

Jika dikaji pada sejarah yang lalu, sudah lama kita mengenali wang iaitu sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Namun jika kita tanya 10 orang secara rawak tentang maksud dan pemahaman mereka tentang wang, pasti sedikit sebanyak jawapan yang mereka bagi mempunyai beza antara 1 sama lain.

Menurut Yuval Harari: “Wang adalah satu sejarah yang paling berjaya pernah dicipta, kerana ianya dipercayai oleh semua manusia”. 

Sememangnya benar, kehidupan kita tidak lari daripada menggunakan wang. Tanpa wang sebagai medium utama untuk menggerakkan ekonomi, kehidupan kita tidak mungkin selancar seperti hari ini.

Berikut adalah sebab kenapa kita memiliki dan menyakini wang (Fiat money) sebagai salah satu benda terpenting dalam kehidupan kita.

1. Tempat penyimpanan nilai (store of value).

Semasa kita bekerja, atau berniaga, mengikut arahan atau apa jua bentuk cara sekalipun; adalah untuk mendapatkan imbuhan berbentuk wang. Di sini wang berguna sebagai satu instrumen penyimpanan nilai, yang kemudiannya boleh dilaburkan untuk menggandakan wang.

2. Terdapat dalam pelbagai bentuk untuk penggunaan yang pelbagai.

Di antaranya adalah syiling (Coin) yang diperbuat daripada logam, wang kertas (bill) yang dalam bentuk fizikal yang kita boleh. Ianya boleh wujud dalam bentuk digital seperti kad kredit, transaksi online dan lain-lain. Trend terkini adalah dengan menggunakan e-Wallet, bayar dalam bentuk cashless, tak perlu lagi bawa wang tunai ke mana-mana.

3. Wang dapat memenuhi cara pertukaran.

Contohnya kita hendak membeli telefon bimbit, kita boleh menggunakan wang secara tunai atau pun kad kredit. Bayar duit, dapat barang. Cukup mudah dan senang.

4. Selamat dan dilindungi oleh pihak berkuasa.

Wang tidak boleh dicetak sesuka hati atau diterbitkan oleh orang awam, ianya di kawalselia oleh kerajaan dan bank pusat sesebuah negara. Siapa yang menyalahi undang-undang, boleh ditangkap dan didakwa.

5. Mudah dibawa ke mana-mana.

Bayangkan jika wang sebesar batu-bata, semestinya sukar untuk dibawa. Disebabkan wang mudah diurus dan disimpan, maka mudahlah untuk digunakan.

6. Boleh dipecah-pecahkan kepada pelbagai unit.

Daripada sekecil-kecel angka 1 sen sehingga ke sebesar-besar nilai, wang lebih mudah digunakan apabila ia boleh didapati dalam pelbagai unit. Kalau tiada duit kecil untuk menjalankan sesuati transaksi, bayar dengan duit besar pun boleh.

Tahukah anda ketika artikel ini ditulis, RM1 bersamaan dengan 61,142.948 Venezuelan Boliver?

Dah penat bekerja dan dah dapat wang tu, ke mana pula ianya perlu dibelanjakan? Boleh follow tips-tips berikut:

Komen

komen





Source link