Artikel Terkini

Apa Perlu Buat Bila Dapat Kunci Rumah Daripada Pemaju?


Selepas berhempas
pulas mengumpul wang deposit, menunggu proses pembayaran balik dan pelbagai kos
lain yang anda keluarkan, tibalah masa untuk masuk rumah selepas dapat kunci
dari pemaju.

Apa yang anda perlu lakukan bukanlah mencuci rumah tersebut, membuat Facebook Live mahupun kenduri doa kesyukuran. Sebaliknya, apa anda perlu lakukan ialah menyemak sebarang kecacatan terhadap binaan rumah anda.

Buat pengetahuan anda, pemaju mempunyai tempoh masa selama 12-24 bulan daripada tarikh vacant posession atau pemilikan kosong untuk memperbetulkan sebarang kecacatan yang pihak pembeli tidak berpuas hati.

Baca : Kelebihan Rumah Baru Berbanding Rumah Second Hand

“Sediakan masking tape, marker pen merah, kertas A4 dan
kamera.”

Kegunaan alat –
alat tersebut adalah untuk anda sebagai pemilik kediaman tersebut tulis, tampal
dan tandakan kecacatan pada binaan rumah dan juga mengambil gambar sebagai
bukti.

Untuk proses
mengenal pasti kecacatan, terdapat 7 aspek yang anda perlu kenal pasti. Antara
ialah :-

1. Pintu.

Periksa jika tombol setiap pintu bilik mampu dibuka dengan mudah atau tidak. Pastikan sliding door mampu ditolak dengan mudah dan tiada spring return.

Sekiranya terdapat
tombol atau bahagian yang berkarat, sila tandakan agar pihak pemaju
menukarkannya dengan yang baharu.

2. Jubin Lantai.

Sila ketuk setiap
jubin yang ada pada lantai menggunakan kepala pemutar skru (jenis getah) untuk
mengenal pasti bahagian yang lopong, tidak diturap dengan sempurna dan juga
nipis.

Semak juga jubin
pada tangga rumah jika kediaman anda jenis bertingkat kerana simen pada tangga
rumah seringkali di simen pada bahagian tepi sahaja dan membahayakan penghuni
rumah kelak.

3. Semak Elektrik.

Sekiranya pemaju menyediakan lampu dan kipas, sila periksa samada peralatan berkenaan berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Jika tidak, sila
panggil kontraktor dari pihak pemaju untuk semakan continuity electric supply. Ini penting, supaya anda tidak tersilap
langkah memecahkan kabel dalam dinding untuk gara – gara punca kuasa tidak
berjalan.

4. Meter Air.

Sekiranya kediaman
anda telah dipasang dengan meter air, sila lakukan semakan terhadap semua pili
– pili air. Semak juga tekanan air pada setiap aras untuk memastikan tiada pili
yang tersumbat.

Di bilik mandi
pula, sila semak pili mandi samada telah dipasang dengan pili atau tidak.
Periksa juga sambungannya untuk memastikan tekanan air kuat dan tidak
tersumbat.

Sekiranya kediaman
anda mempunyai tangki, sila isikan tangki tersebut dengan penuh. Apabila sudah
penuh, semak meter air jika air masih berjalan. Jika ya, berkemungkinan besar
berlaku kebocoran di tempat lain.

5. Tingkap.

Cuba buka dan tutup
tingkap dan sliding door di kediaman
anda berulang kali. Pastikan semuanya mudah, lancar dan lembut sahaja tanpa
menggunakan tenaga yang banyak.

Semak bingkai dan
pemegang tingkap agar tidak berkarat. Jika berkarat, tandakan pada tingkap / sliding door tersebut agar pihak pemaju
menukarnya dengan yang baharu.

6. Tangga Rumah.

Jika rumah anda
mempunyai tangga, sila semak handrail atau
pemegang tangga supaya kekal kukuh dan tidak bergoyang – goyang walaupun
dipegang saat turun dan naik tangga.

Jika anda dapati
tangga rumah anda longgar dan bergoyang, sila tandakan agar pihak pemaju
gantikan handrail tersebut dengan
yang baharu. 

7. Dinding.

Dinding rumah
adalah aspek paling kritikal dalam menyemak kecacatan rumah. Hal ini kerana,
ada pemilik yang beranggapan dinding rumah retak sedangkan ianya hanyalah hairline crack.

Hairline crack ini seringkali
terjadi apabila batu bata, cat dan plaster tidak cukup tebal menyebabkan
wujudnya hairline crack.

Walau apapun, anda
boleh tandakan bahagian yang retak supaya pihak pemaju membaik pulih retakan
tersebut.

Baca : 9 Bajet Sebelum Dan Selepas Beli Rumah

Tempoh aduan bagi
kecacatan kediaman adalah berbeza – beza mengikut pemaju. Ada pemaju yang
menetapkan 1 tahun dan 2 tahun dari tarikh pemilikan kosong.

Apa yang penting
adalah anda tidak boleh melakukan sebarang renovasi dalam kediaman anda dalam
tempoh tersebut.

Sekiranya selepas 1 bulan atau 2 bulan aduan anda mengenai kecacatan rumah tidak dilayan, anda boleh buat surat bertulis dan hantarkan ke pemaju. Langkah terakhir adalah dengan membuat aduan kepada bahagian tribunal pengguna.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link